BAGAN DATUK: Sekurang-kurangnya 67 daerah di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai kawasan sering dilanda banjir bagi tempoh Monsun Timur Laut (MTL) pertengahan November ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, koordinasi bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta agensi penguatkuasaan telah diadakan bagi merangka strategi dan pelan tindakan.
Menurut beliau, jumlah mangsa banjir turut diperoleh untuk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran.
"Nadma telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan pusat pemindahan kekal (PPK) di sekolah yang selama ini sudah digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).
"PPK diwujudkan di beberapa sekolah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ketika tiada banjir PPK ini digunakan sebagai dewan sekolah," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, bantuan yang diperlukan sepanjang tempoh empat bulan turut diselaraskan berikutan MTL dijangka berakhir pada pertengahan Mac 2024.
"Nadma telah menempah tujuh jambatan Bailey tambahan sebagai persediaan untuk kawasan-kawasan infrastruktur yang telah dikenal pasti akan dilanda banjir besar.
"Pemasangan dilakukan oleh Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya peringkat negeri dan Kementerian Kerja Raya pula peringkat pusat," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 04 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Program Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO, Hutan Melintang hari ini. - Foto Bernama
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
67 daerah sering dilanda banjir dikenal pasti - Ahmad Zahid
Sekurang-kurangnya 67 daerah dikenal pasti sebagai kawasan sering dilanda banjir bagi tempoh Monsun Timur Laut pertengahan November ini.