Skip to main content

Dunia

25 maut, puluhan cedera hujan lebat landa barat laut Pakistan

Commuters ride in an overcrowded bus along a flooded street following torrential rain in Karachi, Pakistan, April 2, 2026. REUTERS/Qaiser Khan TPX IMAGES OF THE DAY
Pengguna pengangkutan awam menaiki sebuah bas yang sesak di sepanjang jalan yang ditenggelami banjir selepas hujan lebat di Karachi, Pakistan. - Foto REUTERS

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 25 maut  manakala puluhan lagi cedera dalam insiden berkaitan hujan di Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan sejak 25 Mac, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Khamis.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA) melaporkan kerosakan meluas dengan 77 rumah terjejas, termasuk 33 daripadanya musnah sama sekali. Daerah yang paling teruk terjejas termasuk Kohat, Bannu, Dera Ismail Khan dan Karak.

Advertisement

Sementara itu, pasukan penyelamat Rescue 1122 memaklumkan bahawa pasukan berkenaan telah dikerahkan ke kawasan terjejas bagi menyalurkan bantuan kecemasan, termasuk bantuan perubatan dan perlindungan sementara kepada keluarga yang hilang tempat tinggal.

Usaha sedang dijalankan untuk membersihkan sisa runtuhan dan memulihkan akses ke kawasan pedalaman yang terputus hubungan akibat hujan.

PDMA telah mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan di beberapa bahagian wilayah itu, dengan ramalan cuaca menunjukkan keadaan cuaca lembap mungkin berlarutan sehingga Sabtu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video