awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Epstein didakwa cuba dekati Putin
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

69 peratus puas hati prestasi Perdana Menteri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/09/2020
05:50 MYT
69 peratus puas hati prestasi Perdana Menteri
Menurut kajian melibatkan 3,415 responden itu, sembilan daripada 10 orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak menyatakan rasa puas hati mereka pada pentadbiran Muhyiddin Yassin. - Gambar Facebook
Satu kajian dilakukan Merdeka Center menunjukkan 69 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut kajian melibatkan 3,415 responden itu, sembilan daripada 10 orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak menyatakan rasa puas hati mereka.
Manakala, 65 peratus responden kaum India dan 33 peratus responden dari kaum Cina memberikan respons positif terhadap prestasi Muhyiddin.
Tahap sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat dan kini berada dalam zon selesa selepas beliau memegang jawatan tersebut sejak Mac lalu.
Respons positif turut diterima kerajaan Persekutuan apabila 58 peratus pengundi berpuas hati dengan prestasi Perikatan Nasional (PN) manakala 28 peratus tidak berpuas hati dengan pentadbiran PN.
Dalam pada itu, kajian tersebut menunjukkan jurang pendapatan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap puas hati mereka kepada kerajaan.
Kira-kira tiga per empat daripada responden yang pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000 seorang memberi respons positif kepada kerajaan.
Manakala hanya 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan isi rumah lebih RM7,000 sebulan memberikan respons positif.
Muhyiddin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara.
Istiadat angkat sumpah berkenaan sekali gus menamatkan kemelut politik yang melanda negara yang bermula 22 Februari lalu.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Cina
#India
#kerajaan
#Malaysia
#Melayu
#menteri
#Merdeka
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#politik
#PPBM
#presiden
#rakyat
#rakyat Malaysia
#rumah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan