awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7,257 premis di Melaka dikesan positif pembiakan nyamuk minggu lalu

Bernama
Bernama
14/09/2023
08:10 MYT
7,257 premis di Melaka dikesan positif pembiakan nyamuk minggu lalu
Sebanyak 21 kes denggi di Melaka telah didaftarkan bagi tempoh bermula 3 hingga 9 Sept dengan terdapat penurunan sebanyak enam kes berbanding minggu sebelumnya. - Gambar hiasan
MELAKA: Sejumlah 7,257 daripada 62,355 premis di negeri ini yang diperiksa sehingga tempoh minggu epidemiologhi (ME) 36 dikesan positif pembiakan nyamuk.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata sebanyak 102 Notis Seksyen 8 telah dikeluarkan sepanjang tempoh itu kepada tuan punya atau penduduk premis bagi menjalankan tindakan pembersihan ke atas bekas berpotensi pembiakan dalam masa tujuh hari.
"Sebanyak 488 bilangan kompaun yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri dengan amaun kompaun ditawarkan adalah RM244,000 dan sehingga kini, jumlah amaun kompaun yang dibayar adalah RM74,510.
"Selain itu, sebanyak 69 kes denda direkodkan sepanjang tempoh aktivti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP) dijalankan tahun ini dengan amaun didenda adalah RM27,300," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut Ngwe berkata bagi situasi denggi di Melaka sebanyak 21 kes telah didaftarkan bagi tempoh bermula 3 hingga 9 Sept dengan terdapat penurunan sebanyak enam kes berbanding minggu sebelumnya.
"Sehingga ME 36 yang berakhir pada 9 Sept lepas, sebanyak 791 kes Denggi didaftarkan di Melaka dan jumlah ini menunjukkan peningkatan kes sebanyak 388 kes atau 96.28 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 403 kes.
"Dalam tempoh tersebut juga terdapat 29 wabak dilaporkan di negeri ini namun tiada wabak yang dilaporkan masih aktif pada minggu ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#nyamuk aedes
#demam denggi
#Ngwe Hee Sem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan