KUALA TERENGGANU:Banjir di Terengganu semakin memburuk pada Rabu dengan tujuh daerah dilapor terjejas dalam gelombang kedua banjir di negeri ini.
Setakat jam 7 pagi tadi, seramai 685 mangsa dikenal pasti, peningkatan hampir satu kali ganda berbanding lebih 300 pada Selasa.
Ketua Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, Daerah Kemaman menjadi lokasi baharu yang dilanda banjir.
Katanya, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 27 mangsa melibatkan lima keluarga di daerah itu.
Pada masa sama, jumlah mangsa yang berada di daerah Kuala Nerus juga menunjukkan peningkatan dengan 206 orang.
Sebanyak 52 keluarga telah ditempatkan di empat pusat pemindahan melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, SK Bukit Guntung, SK Mengabang Telipot dan Surau Kampung Mat Jintan.
Manakala di Kuala Terengganu pula, seramai 101 mangsa daripada 27 keluarga telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Chendering dan Sekolah Kebangsaan Atas Tol.
Di daerah Dungun, sebanyak tujuh PPS telah diaktifkan bagi menempatkan 131 mangsa melibatkan 34 keluarga.
Di Setiu pula, seramai 40 keluarga melibatkan 125 mangsa telah dipindahkan ke empat pusat pemindahan.
Sementara itu, mangsa banjir di daerah Marang meningkat kepada 85 orang berbanding 23 orang pada petang Selasa.
Sebanyak 19 keluarga ditempatkan di tiga buah PPS melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Sekolah Kebangsaan Tasek dan SMK Seri Payong.
Manakala mangsa di Besut masih kekal seramai 10 mangsa melibatkan lima keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu.
Setakat ini, hanya Daerah Hulu Terengganu masih belum terjejas.
Nur Fazlizai Ali
Wed Nov 25 2020

Setakat jam 7 pagi tadi, seramai 685 mangsa dikenal pasti, peningkatan hampir satu kali ganda berbanding lebih 300 pada Selasa. -Astro AWANI
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42725667021611189002896/1886529_26098766711611189124910_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [21 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hafizi Rosli dan Afiezy Azaman.

AWANI Ringkas: COVID-19: Kes positif kini lebih 96 juta | New York kehabisan bekalan vaksin

Jenayah | Datuk, rakan serang pelanggan didakwa hari ini
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya yang dilaporkan menyerang pelanggan sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 12 Januari lalu, akan didakwa di mahkamah, hari ini. Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9 pagi atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.

Judi atas talian | Empat ahli sindiket judi dalam talian ditahan
Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park, ibu negara sebagai pusat panggilan. Serbuan pada 5 petang pada Rabu dilakukan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Isu Rohingya | Pentadbiran Joe Biden akan kaji semula Rohingya
Pentadbiran Joe Biden akan mengkaji semula untuk menentukan sama ada penganiayaan Myanmar terhadap minoriti Rohingya sama seperti pembunuhan jenayah kaum atau genosid. Perkara itu dinyatakan calon Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken.

Presiden baru AS | Biden tandatangani 15 arahan eksekutif
Presiden Ke 46 Amerika... Joe Biden menandatangani 17 arahan eksekutif untuk menamatkan polisi yang dilancarkan bekas Presiden Donald Trump. Antara yang dinantikan ramai adalah fokus baru pulihkan ekonomi dan pengurusan COVID-19 di Amerika.

Vaksin COVID-19 | New York batal temujanji, tiada bekalan vaksin
New York terpaksa membatalkan 23 ribu temujanji penerima dos vaksin minggu ini disebabkan kekurangan bekalan. Datuk Bandar New York, Bill De Blasio mendesak pihak berkuasa negeri dan persekutuan untuk membenarkan bandar itu menggunakan dos kedua sebagai suntikan pertama.

Polis Itali selamatkan lukisan bersejarah, pihak muzium tak sedar pun ia dicuri
Lukisan berusia 500 tahun yang dicuri dari muzium gereja di Naples, Itali telah diperoleh kembali di sebuah pangsapuri yang terletak di luar bandar di selatan negara itu, pada Selasa.

Presiden AS | Kisah Amerika bukan sahaja bagi pengangkat sumpah
Presiden Joe Biden menegaskan bahawa upacara mengangkat sumpah tersebut bukan hanya untuk dirinya dan Presiden terdahulu. Namun jelasnya, ia juga bermakna kepada semua rakyat Amerika.

Nahas Srwijaya | Jokowi janjikan pampasan kepada keluarga mangsa
Kerajaan Indonesia akan memberikan pampasan kepada ahli keluarga 62 mangsa korban dalam nahas pesawat Sriwijaya Air 9 Januari lalu. Presiden, Joko Widodo memberi jaminan itu ketika melawat pusat operasi di Terminal Kontena Antarabangsa di Jakarta yang menjadi lokasi pengumpulan serpihan pesawat yang terhempas.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir di Sabah semakin pulih
Hanya empat daerah masih terkesan dengan banjir dan jumlah mangsa direkodkan seramai 413 orang setakat 8 malam tadi.

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Permohonan tangguh bayaran balik PTPTN mulai 20 Januari hingga 31 Mac
PTPTN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO, diminta fokus isu rakyat
Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong.

Moratorium, pembiayaan bertindih untuk usahawan TEKUN terkesan banjir
Usahawan TEKUN yang terjejas dengan banjir dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun pembiayaan mereka dan boleh membuat penjadualan semula pembiayaan.

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 791 orang
Antara daerah terjejas teruk akibat banjir setakat ini adalah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.

Banjir: Sarawak, Pahang semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah kekal
Bagaimanapun di Sabah, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas banjir.

Banjir: Tiada sekolah menengah ditutup di Sabah
Setakat hari ini, kesemua calon SPM dan STPM akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa membabitkan jumlah seramai 51,294 orang pelajar.

Banjir Sabah: Kerajaan sedang kenal pasti kerosakan infrastruktur akibat banjir - Jahid
Kerajaan negeri sedang mengenal pasti kerosakan infrasturktur di pedalaman Sabah yang terjejas akibat bencana banjir.