KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan suhu maksimum sekitar 35 hingga 37 darjah Celsius, hari ini.

Dalam pada itu, beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak termasuk di Beaufort dan Nabawan mencatatkan suhu maksimum atau cuaca panas tahap berjaga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan agar penduduk di kawasan sekitar berwaspada dengan hadkan aktiviti luar dan mengamalkan pengambilan air mencukupi.

"Bagi tinjauan cuaca semasa, hujan lebat sedang berlaku melibatkan di semua kawasan di seluruh semenanjung Malaysia terutama di pendalaman dan pantai barat Semenanjung.

"Keadaan hujan yang berlaku ketika ini dijangka boleh berlanjutan sehingga ke awal malam nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Sabah dan Sarawak, hujan sedang berlaku di beberapa tempat termasuk Sandakan, pantai barat dan pedalaman di Sabah termasuk di sekitar bahagian Limbang, Kapit, Bintulu, Mukah, Sibu dan Kuching.

Hujan dijangka beransur pulih menjelang awal malam nanti.