awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 pekerja kontrak berdepan detik cemas bot karam

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2021
22:29 MYT
7 pekerja kontrak berdepan detik cemas bot karam
Tujuh pekerja kontrak berdiri di atas bot mereka yang hampir tenggelam sebelum diselamatkan Maritim Malaysia di perairan Kimanis, Papar pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah berjaya menyelamatkan tujuh pekerja kontrak dalam kejadian bot karam di perairan Kimanis, Papar pada Khamis.
Difahamkan, bot yang dinaiki kesemua mangsa lelaki terbabit karam namun salah seorang mangsa sempat membuat panggilan kecemasan menerusi talian 999 bagi mendapatkan bantuan pada jam 12.06 tengah hari.
Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, kesemua mangsa adalah pekerja kontrak bagi kerja-kerja pemasangan di perairan Kimanis.
Beliau berkata, salah seorang mangsa bertindak menghubungi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu dan memaklumkan sebuah bot besi karam sepenuhnya manakala sebuah lagi bot yang dinaikinya bersama enam lagi mangsa juga hampir karam.
"Operasi Carilamat telah diaktifkan pada jam 12.45 tengah hari tadi dan Kapal Maritim (KM) Ikhlas serta bot Pengawal 39 telah diarahkan ke lokasi kejadian.
"Pengadu bersama enam lagi kru telah diarahkan oleh petugas MRSC Kota Kinabalu untuk memakai jaket keselamatan sementara menunggu bantuan tiba," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Rosli berkata, kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada jam 1.42 petang oleh KM Ikhlas.
"Ketika diselamatkan, kesemua mangsa sedang berdiri di atas bot yang hampir tenggelam. Mereka semua dalam keadaan stabil dan dibawa ke Jeti Maritim, Sepanggar," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bot karam
#Maritim Malaysia
#tujuh pekerja kontrak
#perairan Kimanis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan