KOTA BHARU: Seramai 70,000 pegawai dan anggota membabitkan pelbagai agensi ditugaskan bagi menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata jumlah itu meliputi pasukan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu 21,018 orang, Angkatan Tentera Malaysia (18,500 orang), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (15,000 orang), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (10,500 orang) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (4,400 orang).
"Kita telah minta bantuan daripada beberapa agensi untuk membantu PDRM kerana kita sedar ramai anggota kita juga akan terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
"Kita juga ada minta bantuan untuk menggunakan aset-aset daripada agensi terbabit seperti lori, bot dan aset udara," katanya selepas menghadiri taklimat PRU15 dan persiapan menghadapi MTL di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 5,500 lokasi 'hotspot' banjir di seluruh negara termasuk 186 kawasan berisiko kepala air.
"Kita telah kaji beberapa strategi untuk pastikan rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada PDRM kerana kita telah bersedia menghadapi kemungkinan bencana akibat hujan lebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022

Jumlah itu meliputi pasukan seperti PDRM, ATM, JBPM, APM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. - Gambar hiasan

Olimpik Musim Sejuk Beijing terus beri manfaat sosial dan ekonomi - IOC
Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti
Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan, kata Ahmad.

65 kes mati lemas direkod sejak 2020 - JBPM Kelantan
Kebanyakan kes kematian akibat lemas berlaku di sungai selain kawasan tali air, air terjun, pantai, tasik dan pembetungan.

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Jenayah | Polis tumpas geng curi kereta Wira di Kelantan
Tujuh individu berusia dari 26 hingga 58 tahun yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan, khususnya kereta Proton Wira dan pecah rumah berjaya ditahan dalam Operasi Lejang yang ditubuhkan polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Perikatan Nasional | Rundingan kerusi parti komonen untuk PRN minggu depan
Rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka berlangsung minggu hadapan. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perbincangan berkenaan akan diadakan pada 7 Februari ini di ibu negara.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Pengunjung Pantai Irama waspada ombak besar, angin kencang
Bendera berwarna merah turut dikibarkan sebagai tanda peringatan bahaya kepada pengunjung.

Sektor pertanian, agromakanan rugi RM111.95 juta akibat banjir - Mohamad Sabu
Sektor pertanian dan agromakanan mengalami kerosakan dan kerugian berjumlah RM111.95 juta akibat bencana monsun timur laut (MTL) yang berlaku bulan lepas.

APM Kelantan perkemas keanggotaan, logistik hadapi kemungkinan gelombang kedua banjir
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kelantan memperkemaskan anggotanya serta persiapan logistik bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir berikutan Monsun Timur Laut belum berakhir

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan tahap waspada di beberapa bahagian di Sarawak bermula hari ini hingga 4 Jan.

Monsun Timur Laut kali ini dijangka lebih serius - Armizan
Kerajaan menjangkakan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negara kali ini lebih serius berbanding yang lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali.

Ombak besar tarik minat peluncur air ke Teluk Kalong
Bagi mereka, lagi tinggi ombak membadai, lagi deras cetusan adrenalin untuk menunjukkan kemahiran sebagai si 'penakluk' ombak.

Amaran hujan berterusan di enam negeri hingga Isnin - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di enam negeri yang dijangka berlaku sehingga Isnin ini.

Tangguh bawa keluarga bercuti ke kawasan berisiko tinggi
Orang ramai dinasihatkan menangguhkan rancangan untuk membawa keluarga bercuti di kawasan berisiko seperti air terjun, kawasan perkemahan, pinggiran hutan, khususnya ketika Monsun Timur Laut sekarang.

Monsun: Hujan lebat dijangka beralih ke Pahang, Johor dan barat Sarawak
Keadaan hujan lebat yang melanda Kelantan dan Terengganu, diramal beralih ke Pahang, Johor dan juga ke kawasan barat Sarawak.

APM fokus empat daerah berkemungkinan banjir di Kedah
Tumpuan diberikan di daerah Baling, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu sebagai persediaan menghadapi kemungkinan bencana itu berdasarkan kekerapan banjir serta ramalan JPS.