awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBPP pasang penghadang di Jalan Burma atasi kesesakan lalu lintas

Bernama
Bernama
20/12/2025
11:00 MYT
MBPP pasang penghadang di Jalan Burma atasi kesesakan lalu lintas
MBPP berkata, tindakan itu bertujuan melancarkan aliran lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta pejalan kaki. - Gambar/ Joshua Woo Sze Zeng
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memasang penghadang jalan di sebahagian Jalan Burma, di sini sebagai inisiatif bagi menghalang kenderaan berhenti atau menunggu di situ sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
MBPP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan tindakan itu bertujuan melancarkan aliran lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta pejalan kaki.
Selain itu, MBPP memaklumkan telah memasang papan tanda dilarang berhenti, mengecat garisan berkembar kuning dan memasang penghadang jalan di sebahagian Jalan Burma dari Jalan Cantonment ke Jalan Jones bermula 1 Jun.
"Jalan Burma merupakan antara jalan utama di George Town yang sentiasa sesak disebabkan pengguna jalan raya yang berhenti dan menunggu di tepi jalan sehingga menyebabkan kapasiti lorong lalu lintas berkurangan selain kenderaan terpaksa bergerak perlahan yang menyebabkan kesesakan.
"Sejak pemasangan penghadang jalan dan zon larangan berhenti berkuat kuasa, aliran lalu lintas di jalan itu lebih lancar terutamanya pada waktu puncak dan masalah pelintas jalan secara berbahaya juga dapat ditangani," menurut kenyataan itu.
MBPP memaklumkan telah menyediakan petak khusus di Solok Moulmein bagi memudahkan peniaga memunggah barang perniagaan dengan selamat tanpa mengganggu aliran lalu lintas selain banyak tempat letak kereta awam disediakan di sekitar kawasan itu.
Semalam, sekumpulan peniaga di Jalan Burma membantah pemasangan penghadang jalan itu kerana mendakwa telah menyebabkan jualan terjejas ekoran tiada pelanggan berhenti yang turut tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBPP
#Jalan Burma
#penghadang jalan
#peniaga bantah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan