awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2022
08:16 MYT
73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan. - Foto Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, kes indeks adalah seorang pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan berusia 16 tahun.
Katanya, kes mula bergejala pada 16 Januari lalu dan menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan disahkan positif pada hari yang sama.
"Saringan bagi mengesan kontak rapat kes telah dijalankan dan sehingga kini telah berjaya mengesan 72 lagi kes positif.
"Kesemua pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja serta telah diberikan rawatan sesuai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mengulas mengenai kes harian, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah memberitahu, berlaku trend peningkatan kes pada Rabu iaitu 242 kes berbanding 201 semalam.
Katanya, sebanyak enam daerah mencatatkan kes dua angka dengan Sandakan (74 kes), Kota Kinabalu (33 kes) dan Tuaran (23 kes). Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes satu angka dan enam daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.
"Sebanyak 238 daripada 242 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 & 2, 3 kes dalam Kategori 3, tiada kes dalam Kategori dan 1 pesakit dalam Kategori 5," katanya.
Topic Berkaitan
#Kluster baharu
#Sabah
#pelajar SMK Sandakan
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan