awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

75 PATI ditahan di kawasan penempatan setinggan di Tawau

Petrus Bernard
Petrus Bernard
02/03/2021
04:19 MYT
75 PATI ditahan di kawasan penempatan setinggan di Tawau
Kesemua PATI tersebut dibawa ke pusat kuarantin dan depot tahanan Imigresen Tawau untuk menjalani saringan kesihatan sebelum siasatan lanjut mengikut seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - Foto JIM
TAWAU: Seramai 75 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen di beberapa lokasi setinggan sekitar daerah Tawau, Sabah dalam operasi bersepadu yang diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), negeri Sabah.
Antara lokasi setinggan yang menjadi tumpuan serbuan ialah Kampung Sungai Buaya, Kampung Pasir Putih dan rumah kongsi Bayan Batu 8 Jalan Apas.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri Sabah, Datuk Muhammad Sade Mohamad Amin berkata, dalam operasi tersebut seramai 250 orang telah diperiksa dan 75 daripadanya ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Daripada jumlah yang ditahan, 57 orang merupakan warga Filipina dan selebihnya merupakan warga Indonesia.
"Kesemua PATI tersebut dibawa ke pusat kuarantin dan depot tahanan Imigresen Tawau untuk menjalani saringan kesihatan sebelum siasatan lanjut mengikut seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kesemua PATI tersebut dibawa ke pusat kuarantin dan depot tahanan Imigresen Tawau untuk menjalani saringan kesihatan. - Foto JIM
Kesemua PATI tersebut dibawa ke pusat kuarantin dan depot tahanan Imigresen Tawau untuk menjalani saringan kesihatan. - Foto JIM
Operasi bersepadu tersebut turut disertai anggota Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia( PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), RELA, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB).
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#pendatang asing tanpa izin
#pati
#Jabatan Imigresen Malaysia
#JIM Sabah
#Tawau
#Sabah
#Imigresen
#Majlis Keselamatan Negara
#operasi
#setinggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan