75.5 peratus tidak bersetuju PRU15 diadakan segera - Tinjauan

Astro Awani
November 23, 2021 20:03 MYT
Berdasarkan data survei yang dimuat naik di Twitter rasmi Astro AWANI, rata-rata pengikut tidak bersetuju PRU15 diadakan segera. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR : Sebanyak 75.5 peratus individu menyatakan tidak bersetuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.
Berdasarkan tinjauan media sosial Astro AWANI, jumlah itu mewakili 3,480 undi secara keseluruhannya bagi kedua-dua kategori jawapan 'ya' atau 'tidak'.

Perlukah #PRU15 disegerakan?#AWANItanya

— Astro AWANI (@501Awani) November 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala hanya 24.5 peratus menyatakan persetujuan mereka PRU15 harus dipercepatkan.
Survei itu bermula pada Isnin, 22 november 2021.
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan supaya PRU15 perlu dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat.
Menurutnya, cadangan itu disuarakan selepas mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Pelaksanaan PRU15 dalam waktu yang terdekat dilihat dapat mengurangkan 'iklim politik' berpanjangan yang dihadapi oleh negara ketika ini.
BACA: Jika ditanya kepada saya, saya mahu PRU15 diadakan esok - Mohamad Hasan
BACA: Pelaksanaan PRU15 dapat kurangkan 'iklim politik' berpanjangan - Mohamad Hasan
#Survei #Astro Awani #PRU15 #media sosial