SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat.
Menurutnya, cadangan itu disuarakan selepas mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN), lapor Utusan Malaysia.
Tambah Mohamad, beliau bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu berhubung perkara tersebut.
“Saya cakap dengan Perdana Menteri semalam, kita perlu pertimbangkan untuk segerakan pilihan raya umum. Suka atau tidak kita tunggu sampai bulan Julai nanti sebab perjanjian (MoU kerajaan dan pembangkang) sampai bulan Julai.
BACA: RASMI: Sah! BN tawan semula Melaka
BACA: PRN Melaka: Sulaiman Md Ali selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
“Ini pun tidak tahulah kerana banyak yang kalah teruk di Melaka, tidak tahulah kalau mereka akan pull the plug (tarik diri), kita tidak tahu.
“Dalam politik apa juga boleh jadi, dinamiknya berubah setiap hari dan tidak statik, terpulang kepada BN dan UMNO untuk buat ulang kaji,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu pada Ahad.
Tambah beliau, sekiranya ditanya kepadanya bilakah tarikh paling sesuai, Mohamad berkata beliau mahu PRU15 diadakan esok juga.
“Jika ditanya kepada saya, saya mahu ia (PRU15) diadakan esok. Kalau kita mahu ikutkan, the feel good factor ada di situ.. masih lagi segar dengan kemenangan dan mandat yang diberi oleh rakyat Melaka.
“Jika kita tunggu (sehingga habis penggal) apa pula, masa kadangkala sangat penting, kadangkala kalau waktu tidak tepat susah juga.
“Semasa PRU14, kita tunggu sampai habis penggal dan kalah, kita buat sebaik sahaja Sukan SEA, waktu itu sentimen sangat baik, orang sokong kerajaan,” katanya lagi.
Tegas beliau, mengadakan PRU15 dalam waktu terdekat adalah penting supaya mandat dapat diberikan semula kepada rakyat.
BN berjaya memenangi PRN Melaka ke-15, dengan kedudukan selesa dua pertiga majoriti.
Keputusan rasmi menunjukkan BN, yang diwakili UMNO, MCA, dan MIC berjaya mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi.
Dengan jumlah kerusi yang dimenangi itu, mereka berjaya membentuk kerajaan negeri dengan kekuatan sendiri, sekali gus memberi tamparan kepada Perikatan Nasional (PN).
Astro Awani
Sun Nov 21 2021
MOHAMAD: Dalam politik apa juga boleh jadi, dinamiknya berubah setiap hari dan tidak statik, terpulang kepada BN dan UMNO untuk buat ulang kaji. - Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.