awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan PRU15 dapat kurangkan 'iklim politik' berpanjangan - Mohamad Hasan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
23/11/2021
13:48 MYT
Pelaksanaan PRU15 dapat kurangkan 'iklim politik' berpanjangan - Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, waktu yang sesuai untuk melaksanakannya adalah dalam tempoh lima ke enam bulan akan datang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam waktu yang terdekat dilihat dapat mengurangkan 'iklim politik' berpanjangan yang dihadapi oleh negara ketika ini.
Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, waktu yang sesuai untuk melaksanakannya adalah dalam tempoh lima ke enam bulan akan datang.
"Apabila saya bercakap (untuk adakan PRU15 segera), saya mahu menyampaikan satu mesej kepada semua bahawa kerajaan sedia ada ini perlu mendapatkan mandat semula daripada rakyat.
"Kerana jika kerajaan sebegini yang mana pengamal demokrasi terutamanya negara-negara barat, mereka susah untuk mengiktiraf kerajaan yang ada di negara kita ini iaitu kerajaan yang bukannya mendapat mandat daripada pemilihan pada pilihan raya pada 2018 yang lalu. Dan bertukar tangan banyak kali.
"Jadi, bagi saya adalah lebih baik kita pulangkan mandat kepada rakyat seperti apa yang berlaku di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
"Ini supaya rakyat boleh memilih dan kita tidak perlu berhujah mengenai politik pagi petang siang malam," katanya dalam temu bual dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Ujar beliau, pelaksanaan PRU15 juga membolehkan isu-isu berkenaan rakyat dapat diberikan tumpuan.
"Akhirnya kesejahteraan rakyat terbiar tidak dapat kita hendak tumpukan sepenuh masa kerana ada sahaja (isu politik).
"Perkara ini menyebabkan kerajaan sedia ada ini terpaksa membuat perjanjian persefahaman ataupun MoU dengan Pakatan Harapan agar ketenangan politik serta iklimnya dapat dikurangkan," jelasnya.
Justeru, langkah untuk mengadakan PRU15 nyata dapat memberi ruang buat kerajaan menumpukan sepenuh masa mereka dalam aspek pengurusan negara.
Beliau berkata demikian berkenaan cadangannya agar PRU15 dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat.
Menurutnya, cadangan itu disuarakan selepas mengambil kira sentimen rakyat dalam PRN Melaka baru-baru ini memihak kepada Barisan Nasional (BN).
BACA: Jika ditanya kepada saya, saya mahu PRU15 diadakan esok - Mohamad Hasan
Topic Berkaitan
#PRU-15
#pilihan raya umum
#Timbalan Presiden UMNO
#Datuk Seri Mohamad Hasan
#iklim politik
#PRN Melaka
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan