KUALA LUMPUR: Seramai 78 pengunjung sebuah pusat hiburan di Bangsar Baru, di sini, dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya turut mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga pengurus premis berkenaan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar SOP PPN.
"Hasil maklumat aktiviti pusat hiburan dan pelanggaran SOP PPN, sepasukan polis dari Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menjalankan serbuan ke atas premis itu pada jam 11.30 malam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas resit jualan, komputer riba, aksesori muzik, pembesar suara dan mikrofon.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952 dan Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (PPN) 2021," katanya.
Amihizam berkata, pemeriksaan ujian air kencing ke atas pengunjung mendapati dua daripadanya positif dadah.
"Mereka dibawa balik ke IPD Brickfields untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, terdapat seorang pelanggan telah enggan memberi kerjasama dengan pihak polis serta bertindak cuba melepaskan diri.
"Suspek berkenaan telah ditangkap atas kesalahan menghalang penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.
Amihizam berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti hiburan yang melanggar SOP PPN untuk memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Feb 10 2022

Antara pengunjung pusat hiburan yang dikompaun kerana disyaki melanggar SOP PPN. - Foto Sinar Harian

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Polis rampas 9,208.81 gram dadah ,504 individu ditahan
PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.

MCCC akan serah senarai 15 pusat hiburan edar dadah kepada PDRM
Sebanyak 15 pusat hiburan di sekitar ibu kota dikesan menjalankan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

17 lelaki ditahan bergaduh di Sandakan
Semua individu berusia antara 19 hingga 40 tahun itu ditahan pada Isnin susulan video mengenai pergaduhan itu tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Polis serbu premis hiburan, tahan lapan GRO dari Vietnam
Siasatan awal mendapati wanita ini dibayar RM100 hingga RM150 setiap jam bagi layanan yang diberikan.

66 individu termasuk penjawat awam dan remaja bawah umur ditahan di pusat hiburan
Seramai 66 individu termasuk seorang penjawat awam dan seorang remaja perempuan bawah umur, ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan yang beroperasi melebihi had masa, awal pagi tadi.

Lelaki ditemui mati dalam kereta mewah
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati satu mayat lelaki warga tempatan berusia 28 tahun beralamat di Klang, Selangor.

Keasyikan diulit GRO terbantut
GRO terbabit dipercayai menerima bayaran berjumlah RM100 hingga RM150 bagi satu jam.

Thailand tarik balik larangan aktiviti hiburan malam bermula Jun
Kerajaan Thailand berharap kelonggaran terbaru itu boleh membantu menghidupkan semula sektor pelancongan yang selama ini lumpuh teruk.

Terjun bangunan, warga asing maut cuba elak pemeriksaan polis
Lelaki 23 tahun itu mengalami kecederaan parah sebelum dihantar ke Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia, jam 8.38 pagi.

Pusat hiburan salur info menerusi Twitter diserbu polis, 24 pengunjung diperiksa
Pemeriksaan polis mendapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen untuk menjual minuman keras.