Dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal berlangsung dalam masa dua minggu sahaja lagi, iProperty.com Malaysia telah mengendalikan satu kaji selidik secara dalam talian.

Kaji selidik tersebut mendapati 79 peratus daripada 2,275 responden mahukan dasar skim pembiayaan dan kadar faedah perumahan yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shaun Di Gregorio berkata kaji selidik itu menyediakan maklumat dalaman bagaimana rakyat Malaysia melihat pasaran hartanah semasa.

"Adalah jelas sekali yang kemampuan terus menjadi perkara utama. Pembeli dan pelabur hartanah berharap yang kerajaan akan berusaha mengekang kenaikan yang berlanjutan dalam harga-harga hartanah.

“Pada masa yang sama, hasil kaji selidik ini menyediakan maklumat dalaman bagaimana rakyat Malaysia melihat pasaran hartanah semasa serta apa langkah-langkah dan peraturan-peraturan yang mereka ingin lihat untuk dilaksanakan,” tambah beliau.


hartanah, pru13