awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 kes positif COVID-19 dikesan di SK Sultan Sulaiman 1 Terengganu

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2021
15:29 MYT
8 kes positif COVID-19 dikesan di SK Sultan Sulaiman 1 Terengganu
Arahan penutupan itu di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU:Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 (SKSS1) di sini, ditutup selama 14 hari ekoran terdapat lapan kes positif COVID-19 dikesan di situ.
Kesemua aktiviti dan pengurusan dalam kawasan sekolah ditangguhkan bermula 22 Januari hingga 5 Februari depan bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kesemua kes positif COVID-19 yang dikesan itu disahkan pada Jumaat.
"Pihak kesihatan telah mengesan lapan kes positif COVID-19 di SKSS1 yang telah disahkan pada 22 Januari 2021.
"Sehubungan itu, premis ini diarahkan tutup selama 14 hari bermula hari ini (Jumaat) bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan bagi mengelak perebakan penyakit," katanya di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, arahan penutupan itu di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan 73 kes sembuh dan 178 kes baharu menjadikan terdapat 506 kes COVID-19 aktif di Terengganu pada Jumaat, dengan rekod keseluruhan sebanyak 1,224 kes.
Sebanyak 505 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa manakala satu kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tanpa alat bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#SK
#Sultan Sulaiman 1
#SKSS1
#COVID-19
#kes positif
#ditutup
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan