awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler

Bernama
Bernama
28/12/2024
15:25 MYT
8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing. - Foto Facebook BBP Mersing
JOHOR BAHRU: Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing di sini hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Pegawai Bomba Kanan II Shamsuri Shafai berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.01 petang dan satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan masing-masing sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan pacuan empat roda dengan 13 anggota dari BBP Mersing dihantar ke lokasi.
"PKO tiba di lokasi nahas pada 3.21 petang dan bertindak menyelamatkan kesemua lapan mangsa yang menaiki MPV termasuk pemandu yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada 3.48 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#cedera
#MPV
#Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan