awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pelbagai produk inovasi nanas diperkenal sempena Hari Nanas Malaysia
DUNIA
Emirates lanjut penggantungan penerbangan ke Iran sehingga 5 Julai
MALAYSIA
Keamanan, keharmonian masyarakat, prasyarat capai Maqasid Syariah - Mohd Na'im
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

80 peratus kemalangan di laut sebab tidak pakai jaket keselamatan

Bernama
Bernama
28/06/2025
09:15 MYT
Sponsor Banner
80 peratus kemalangan di laut sebab tidak pakai jaket keselamatan
Dari Januari hingga Mei lepas, Maritim Malaysia merekodkan 108 kes membabitkan 251 mangsa yang menyaksikan 36 daripadanya meninggal dunia, 12 masih hilang, manakala 203 berjaya diselamatkan. - Gambar fail
KLANG: Kira-kira 80 peratus daripada 226 kes kemalangan di laut sepanjang tahun lepas disebabkan faktor tidak memakai jaket keselamatan.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 80 peratus daripada 226 kes kemalangan laut pada tahun lepas berpunca daripada kegagalan memakai jaket keselamatan, melibatkan 1,348 mangsa dengan 64 kematian dan 25 masih hilang.
  • Dari Januari hingga Mei 2025, Maritim Malaysia merekodkan 108 kes kemalangan laut dengan 36 kematian dan 12 hilang; pihak berkuasa menjangkakan peningkatan dua kali ganda kes menjelang akhir tahun.
  • Maritim Malaysia akan memperkasakan program kesedaran keselamatan maritim, menekankan kepentingan pemakaian jaket keselamatan kerana masa respons penyelamatan boleh mengambil sehingga dua jam.

Pengarah Bahagian Operasi Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Pertama Maritim Mohd Tahir Khalid berkata jumlah itu melibatkan 1,348 mangsa, dengan 1,259 berjaya diselamatkan, manakala 64 meninggal dunia serta 25 individu masih hilang.
Beliau berkata untuk Januari hingga Mei lepas, Maritim Malaysia merekodkan 108 kes membabitkan 251 mangsa yang menyaksikan 36 daripadanya meninggal dunia, 12 masih hilang, manakala 203 berjaya diselamatkan.
"Dengan trend kemalangan di laut yang terus mencatatkan peningkatan, Maritim Malaysia bakal berdepan kemungkinan peningkatan kes kematian dan kehilangan hingga dua kali ganda menjelang akhir tahun ini," katanya selepas merasmikan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025 di Persiaran Kapal Bugis, Tanjung Harapan di sini hari ini.
Mohd Tahir berkata berikutan itu pihaknya akan memperkasakan program kesedaran keselamatan secara menyeluruh, khususnya kepada masyarakat umum yang berisiko ketika berada di laut.
Beliau berkata penggunaan alat keselamatan termasuk jaket keselamatan amat penting kerana masa respons Maritim Malaysia lazimnya mengambil masa maksimum dua jam untuk pasukan penyelamat sampai ke lokasi kemalangan.
"Oleh itu, penggunaan alat keselamatan sangat penting sementara pasukan penyelamat bergegas ke lokasi secepat mungkin menggunakan aset seperti bot ataupun helikopter.
"Rata-rata misi menyelamat yang direkodkan Maritim Malaysia mendapati mangsa tidak memakai jaket keselamatan termasuk mambabitkan nelayan yang tidak bersedia berdepan bencana meskipun mereka turun ke laut hampir setiap hari," katanya.
Mohd Tahir berkata berdasarkan peraturan, setiap lesen yang dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia mewajibkan kesemua bot berdaftar dilengkapi jaket keselamatan tetapi kebanyakan mangsa mengatakan tidak selesa sebagai alasan tidak memakai peralatan keselamatan itu.
Bertemakan 'Berapung Untuk Hidup', sambutan HKKM yang disambut setiap tahun bagi memperingati detik bersejarah pengambilalihan tugas penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) oleh Maritim Malaysia daripada Jabatan Laut Malaysia bermula pada 2006 itu turut dihadiri Pengarah Maritim Malaysia Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#kemalangan di laut
#punca kemalangan laut
#jaket keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami