awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 peratus populasi dewasa lengkap vaksin hujung September, 100 peratus Oktober - Tengku Zafrul

Fareez Azman
Fareez Azman
09/09/2021
04:01 MYT
80 peratus populasi dewasa lengkap vaksin hujung September, 100 peratus Oktober - Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL: Insya-Allah kita akan dapat mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin pada hujung September ini, 100 peratus pula pada hujung Oktober. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin 80 peratus populasi dewasa dijangka lengkap menerima dua dos menjelang hujung September ini.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, keyakinan itu disandarkan selepas 70 peratus populasi dewasa ketika ini telah lengkap dua dos vaksin.
"Pada 7 September, lebih 20 juta rakyat atau 89 peratus populasi dewasa telah menerima dos pertama vaksin. Ini termasuk 16 juta atau 70 peratus yang telah lengkap dua dos vaksin.
"Insya-Allah kita akan dapat mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin pada hujung September ini, 100 peratus pula pada hujung Oktober," katanya.
Justeru, jika sasaran itu berjaya dicapai jelas Tengku Zafrul, rakyat akan mula hidup dengan COVID-19 dalam fasa endemik.
Dari sudut keberhasilan usaha kerajaan pula katanya telah membuahkan hasil apabila jumlah pesakit dimasukkan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin menurun.
"Ini yang berlaku di negeri populasi dewasanya telah mencapai 60 peratus lengkap dua dos vaksin.
"Seperti di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti dimaklumkan akan beralih ke fasa 2 PPN pada 10 September ini.
"Ia membolehkan pembukaan semula aktiviti ekonomi sekali gus memacu pemulihan ekonomi negara," katanya lagi.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan media mengumumkan Lembah Kelang akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Jumaat ini.
Keputusan itu dibuat setelah penilian risiko dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara dibenarkan, rentas daerah di Lembah Kelang, aktiviti sukan terbuka dan tertutup kecuali gimnasium. Serta pelancongan dalam negeri juga dibenarkan kepada individu yang lengkap divaksinasi.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#lengkap dua dos
#populasi dewasa
#endemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan