Skip to main content

Malaysia

8,000 akaun pengguna di Terengganu terjejas bekalan air

81555992249_gangguanairbekala.jpg
Hampir 8,000 akaun pengguna Syarikat Air Terengganu (SATU) membabitkan lima daerah di negeri itu dijangka mengalami gangguan bekalan air semasa Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Atemin Sulong berkata gangguan itu melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

Menurut Atemin, gangguan bekalan itu berikutan penggunaan air yang meningkat 30 peratus berbanding biasa disebabkan kepulangan perantau selain cuti persekolahan.

“Air akan dicatu di kawasan terlibat dari jam 11 malam hingga 4 pagi,” jelasnya.

Antara kampung yang terjejas gangguan bekalan air di Kuala Terengganu adalah  di Kampung Kubang Bujuk, Pengkalan Binjal Bukit Petiti, Kampung Kesom dan Kampung Banggol Peradong

Di Marang, antara kampung yang terjejas adalah Kampung Gong Kasim dan Pengkalan Berangan.

Hulu Terengganu pula di Kampung Kuala Telemong dan Kampung Chepoh manakala di Besut, antara kampun yang terjejas adalah Kampung Seberang Jertih  dan Taman Saujana.

Di Setiu, kampung yang terjejas termasuk Kampung Bintang dan Bukit Grebar.

Menurut Atemin, pihaknya akan menghantar air ke kawasan kritikal menggunakan lori tangka.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berjimat cermat serta menyimpan air secukupnya bagi menampung penggunaan di waktu puncak.


Advertisement

Must Watch Video