awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
04/03/2021
03:50 MYT
80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy
Khairy berkata, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, setakat 3 Mac (Rabu), seramai 80,336 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima suntikan vaksin.
Beliau berkata, sehingga pukul 11.59 malam pada Rabu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima.
Negeri kedua tertinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah keseluruhan suntikan sebanyak 8,505 individu, diikuti Perak (7,757); Kelantan (7,725) dan Pahang sebanyak 7,415 individu.
Update as of 2359hrs 3 March. #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Cz8jGVm9R9
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 4, 2021
"Selain itu, Johor pula mencatatkan jumlah 6,454 penerima diikuti Terengganu (4,566); Kedah (4,388) dan Selangor iaitu sebanyak 4,276 individu.
"Negeri Sembilan mencatatkan sebanyak 3,101 penerima manakala Pulau Pinang dan Melaka masing-masing mencatatkan jumlah penerima sebanyak 2,914 dan 2,752.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. KLIK di sini.
"Lain-lain negeri masih merekodkan jumlah melebih 1,000 penerima iaitu Sabah (1,898); Wilayah Persekutuan Labuan (1,789); Perlis (1,589) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 1,507 individu telah di vaksin," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini, pada Khamis.
Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 selepas melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Muhyiddin Yassin
#Noor Hisham Abdullah
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#COVID-19
#kesihatan
#Penerima Vaksin
#seluruh negara
#Berita Terkini
#berita Malaysia
#Berita Astro AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan