KUALA LUMPUR: Sejumlah 82,892 permohonan telah diterima bagi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga hari ini dengan 33,501 daripadanya adalah individu daripada kategori berpendapatan rendah, kata Kementerian Ekonomi.
Menurut kementerian, dari segi kategori, seramai 16,135 individu atau 48 peratus memohon bagi program Inisiatif Usahawan Makanan (Insan), 10,055 individu atau 30 peratus untuk program Inisiatif Usahawan Tani (Intan) dan 7,311 individu bagi program Inisiatif Operator Perkhidmatan (Ikhsan).
Kementerian telah melakukan semak silang dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri serta data penerima Sumbangan Tunai Rahmah di bawah Kementerian Kewangan, katanya.
"Tujuan semak silang ini dilaksanakan adalah bagi memastikan hanya pemohon yang mempunyai pendapatan di bawah RM5,000 sahaja layak menyertai program ini.
"Selain itu, ketua isi rumah (KIR) dalam data eKasih dan iDamak juga akan dilibatkan dalam Program IPR yang bersesuaian mengikut minat KIR," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang ingin tahu sejauh mana keberhasilan program IPR untuk meningkatkan ekonomi golongan B40 dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan jurang pendapatan.
Sementara itu, menurut kementerian, susulan pelancaran IPR pada 26 Feb 2023, program Basmi Miskin Tegar sedia ada telah diintegrasi dan dijenamakan semula di bawah IPR.
Menurutnya sehingga kini, sebanyak RM22.8 juta telah dibelanjakan, manakala untuk tempoh Februari hingga Mei 2023 adalah RM370,000.
"Memandangkan Kementerian Ekonomi sedang melaksanakan proses perolehan program IPR, sebahagian besar peruntukan dijangka dibelanjakan pada separuh kedua 2023," katanya.
Beliau menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang ingin tahu berapa peruntukan yang telah diguna pakai bagi IPR daripada Februari 2023 sehingga kini serta bantuan kementerian terhadap negeri-negeri yang mencatatkan penyertaan peserta IPR yang rendah termasuk sebarang perancangan alternatif untuk membantu golongan sasaran yang terkesan.
Kementerian Ekonomi berkata, pihaknya sedang giat melaksanakan libat urus dengan semua kerajaan negeri dan pejabat daerah bagi mengenal pasti peserta daripada kategori miskin tegar, miskin dan B40 didaftarkan dalam IPR untuk memastikan penyertaan yang lebih menyeluruh di seluruh negara pada skala besar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
Kementerian telah melakukan semak silang dengan eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri serta data penerima Sumbangan Tunai Rahmah di bawah Kementerian Kewangan. - Gambar fail/FB Rafizi Ramli
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
1,586 pelajar pintar ikuti pengajian di Pusat PERMATA@Pintar Negara UKM sejak 2011
70 peratus daripada 1,586 pelajar yang berjaya mengikuti pengajian di Pusat PERMATA@Pintar Negara adalah daripada golongan B40 dan M40.
Parlimen: Individu tidak kemas kini Padu mungkin gagal dapat bantuan kerajaan
Individu yang tidak mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) kemungkinan akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan.
SST menyebabkan perbelanjaan rakyat Sabah lebih tinggi - CAPS
Kenaikan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus telah menyebabkan perbelanjaan harian rakyat Sabah lebih tinggi.
Tiada peruntukan, ada Ahli Parlimen PN jatuh ke golongan B40 - Abdul Latiff
Selepas beberapa hari mendapat elaun, ada yang terus menjadi golongan B40 kerana wang tersebut terpaksa dikongsikan kepada rakyat terutamanya di awal musim persekolahan seperti sekarang.
Johor rancang manfaatkan tanah terbiar untuk pertanian
Kerajaan Johor merancang untuk memanfaatkan tanah terbiar milik kerajaan ataupun persendirian di negeri itu agar ia dapat digunakan untuk tujuan pertanian, sekali gus dapat menambah hasil pertanian.
'Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40
Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.
Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
Tiga bulan beras tempatan tiada di pasaran
Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya kategori import mudah didapati dan dijual dengan harga sekitar RM20 bagi 5kg serta RM71 untuk 10kg.
RM5 juta untuk Jualan Kasih Johor - Onn Hafiz
Johor memperuntukkan RM5 juta bagi program Jualan Kasih Johor (KASIH) di 300 lokasi di seluruh negeri sepanjang tahun ini.