KUALA LUMPUR: Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berikut adalah antara senarai penerima yang dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri':
Dalam pada itu, terdapat empat penerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) yang memperoleh gelaran 'Datuk', iaitu:
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara pada Isnin.

Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran terakhir yang disempurnakan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong, setelah bersemayam sejak lima tahun lepas.