NATIONAL
85,000 pendeposit TH rayu tunai haji 2025 - Na'im

Mohd Na'im berkata kerajaan juga masih menunggu keputusan rayuan daripada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji Malaysia sebanyak 10,000 lagi pada tahun ini. - Bernama
ALOR SETAR: Lembaga Tabung Haji (TH) menerima 85,000 permohonan rayuan untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Ringkasan AI
- Lembaga Tabung Haji menerima 85,000 permohonan rayuan bagi ibadat haji tahun ini. Permohonan dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan, sementara kerajaan Malaysia masih menunggu keputusan penambahan kuota sebanyak 10,000 daripada kerajaan Arab Saudi.
- Lawatan kerja Mohd Na'im di Kedah adalah untuk memperkasakan kesejahteraan ummah, termasuk golongan asnaf dan masyarakat luar bandar melalui pelbagai inisiatif.
- Mohd Na'im melawat guru pondok, menyampaikan sumbangan, dan menyerahkan rumah baharu kepada keluarga asnaf melalui program Ziarah Al-Falah MADANI.
Beliau ditemui pemberita selepas Program Santuni Asnaf Sempena Sambutan Aidilfitri Majlis Belia Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Taqwa di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Parlimen Kuala Kedah di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata kerajaan juga masih menunggu keputusan rayuan daripada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji Malaysia sebanyak 10,000 lagi pada tahun ini.
"Kuota tambahan jemaah haji ini bukan Malaysia saja yang mohon tapi satu dunia, saya percaya kerajaan Arab Saudi akan mempertimbangkan permohonan ini.
"Saya tidak dapat menjangkakan bila dapat maklum balas tentang penambahan kuota ini tapi kerajaan akan sentiasa buat susulan dengan kerajaan Arab Saudi," katanya.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata lawatan kerja beliau ke Kedah hari ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkasakan kesejahteraan ummah, khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dan golongan asnaf.
"Saya juga akan melawat guru-guru pondok dan menyampaikan sumbangan kepada mereka sebagai sokongan kepada institusi pondok serta pelajarnya yang memainkan peranan penting dalam pendidikan dan dakwah Islam.
"Di bawah inisiatif Ziarah Al-Falah MADANI, saya akan menyerahkan dua rumah baharu kepada dua keluarga asnaf (di Baling) yang dibina melalui program Bait Al-Falah oleh Yayasan Taqwa," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami