awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

86 kes tangkapan bot nelayan asing cuba ceroboh perairan negara tahun lepas - Shamsul Anuar

Bernama
Bernama
29/02/2024
12:55 MYT
86 kes tangkapan bot nelayan asing cuba ceroboh perairan negara tahun lepas - Shamsul Anuar
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata bagaimanapun isu pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut negara masih terkawal. - Gambar fail
KUALA NERUS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan 86 kes tangkapan bot nelayan asing yang cuba menceroboh perairan negara, sepanjang tahun lepas.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata bagaimanapun isu pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut negara masih terkawal.
"Saya yakin dengan keupayaan aset yang ada dan kemahiran serta kecekapan anggota APMM yang semakin meningkat, kes pencerobohan nelayan asing ke negara ini akan sentiasa dapat dikawal dan dibanteras," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Maritim Perkasa 2024 di perkarangan Jambatan Angkat, di sini hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah tangkapan bot nelayan itu 10 kes direkodkan di Terengganu, dan ia sekali gus berjaya menyelamatkan hasil maritim negara bernilai lebih RM15 juta.
Katanya selain itu APMM Terengganu juga berjaya melakukan 4,958 pemeriksaan; penggeledahan 2,847 kes; dan 37 kes tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan.
"Untuk isu pendatang tanpa izin, perairan Terengganu dikesan kurang menghadapi isu berkenaan kerana pada tahun lepas terdapat hanya satu kes sahaja, namun kes yang perlu diberikan perhatian di negeri ini adalah isu pencerobohan bot nelayan asing khususnya dari Vietnam.
"Justeru, kerjasama antara kerajaan Terengganu dan APMM sangat penting dalam memastikan sempadan perairan negara tidak mudah dibolosi oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya
Katanya masyarakat tempatan khususnya komuniti maritim perlu terlibat sama membantu pihak APMM dengan menjadi 'mata dan telinga' bagi menyalurkan maklumat atau aduan dalam memastikan isu berkenaan dapat dibendung sewajarnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ceroboh perairan
#nelayan asing
#APMM
#Shamsul Anuar Nasarah
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan