Kesemua 87 pertuduhan yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjejaskannya untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Ahmad Zahid yang membuat penjelasan itu di Parlimen hari ini turut berharap agar ahli UMNO di pelbagai peringkat untuk kekal bersatu dibawah kepimpinannya.
“Soal 87 pertuduhan yang dikenakan kepada saya biar (saya) hadapi secara peribadi di mahkamah. Ia tak libatkan UMNO sebagai entiti politik. Saya serahkan kepada barisan peguam saya untuk uruskan. Tentunya pertuduhan itu tak halang saya jalankan tugas selaku Presiden UMNO dan Ahli Parlimen.
“Saya seru rakan- rakan di peringkat negeri, bahagian dan cawangan, buang yang keruh ambil yang jernih ibarat biduk lalu kiambang bertaut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan jawatan Ketua Pembangkang kekal dipegang oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Datuk Seri Mahadzir Khalid sebagai Ketua Whip Pembangkang.
“Hari ini saya telah berada di pejabat Presiden UMNO di Putra World Trade Centre (PWTC), saya juga sudah bertemu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, kami telah membincangkan beberapa tugas yang akan kita laksanakan bersama.
“Saya telah mengambil keputusan bahawa persetujuan semua Ahli Parlimen pembangkang yang dulunya sewaktu saya bercuti telah meletakkan Ismail Sabri sebagai ketua pembangkang kekal.
"Ini bererti buat masa ini ada pembahagian tugas antara saya, Mohamad (Hasan), Ismail Sabri dan Mahadzir sebagai Ketua Whip di kalangan pembangkang,” jelasnya.
Menurut Ahmad Zahid, keutamaannya sekarang ini adalah untuk melihat UMNO terus diterima rakyat dan relevan dalam politik.
“Biar apa pun terjahan isu, tamparan dan pelbagai permasalahan sama ada kepada parti dan kepada kepimpinan. Kami (UMNO) akan hadapi semua perkara itu secara kolektif,” ujarnya.
Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan kembali menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO, selepas bercuti selama enam bulan daripada jawatan itu sejak 18 Disember tahun lalu.
Pengumuman itu dibuat Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk.
BACA: Zahid kembali sebagai Presiden UMNO
Harits Asyraf Hasnan
Mon Jul 01 2019
Ahmad Zahid Hamidi seru kepada pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat agar kembali kukuhkan parti. - Gambar SHAHIR OMAR
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
87 pertuduhan tidak halang tugas saya - Ahmad Zahid Hamidi
Kesemua 87 pertuduhan yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjejaskannya untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk.