awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

88 menara telekomunikasi baharu dibina di Terengganu di bawah inisiatif JENDELA

Bernama
Bernama
26/08/2021
06:47 MYT
88 menara telekomunikasi baharu dibina di Terengganu di bawah inisiatif JENDELA
13 struktur telekomunikasi telah siap, 10 struktur telekomunikasi masih dalam pembinaan dan baki lagi 65 struktur dalam proses akhir tender. - Gambar fail
SETIU: Sebanyak 88 menara telekomunikasi baharu dibina di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 (2020-2022) bagi meningkatkan capaian internet 4G kepada 96.9 peratus di seluruh Terengganu menjelang hujung tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata daripada jumlah itu sebanyak 13 struktur telekomunikasi telah siap, 10 struktur telekomunikasi masih dalam pembinaan dan baki lagi 65 struktur dalam proses akhir tender.
"Selain itu sebanyak 409 struktur telekomunikasi sedia ada sedang dinaik taraf kepada capaian 4G, di mana 88 struktur daripadanya telah siap dan selebihnya akan siap secara berperingkat menjelang hujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak penaiktarafan jalur lebar 4G di Kampung Payong di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Terengganu Mohd Fairus Muhamad.
Ariffin berkata di bawah inisiatif tersebut juga sejumlah 38,216 premis sedang dinaik taraf talian tetap fiber optik dan daripada jumlah itu sebanyak 22,609 premis atau 59 peratus telah siap dipasang manakala selebihnya akan siap secara berperingkat sehingga suku keempat 2022.
Selain itu, kata beliau, di bawah inisiatif JENDELA Fasa 1 juga, projek kabel dasar laut sepanjang 35 kilometer bakal dibina antara Merang ke Pulau Redang bagi meningkatkan capaian internet di pulau peranginan tersebut.
"Pembangunan infrastruktur digital melalui inisiatif JENDELA ini akan memberikan liputan jalur lebar kelajuan tinggi yang lebih menyeluruh di seluruh Terengganu bagi menyokong keperluan ekonomi digital, penyampaian aplikasi digital kerajaan negeri, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) khususnya di kawasan-kawasan kurang liputan di bawah norma baharu ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menara telekomunikasi
#JENDELA
#Internet
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan