awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

89 peratus pengguna internet Malaysia guna AI setiap hari - Kajian Telenor Asia

Bernama
Bernama
14/08/2025
12:32 MYT
89 peratus pengguna internet Malaysia guna AI setiap hari - Kajian Telenor Asia
Pengguna internet Malaysia menerima guna AI sebagai alat yang amat berguna untuk produktiviti, pembelajaran dan kemudahan harian. - Reuters
SHAH ALAM: Sebanyak 89 peratus pengguna internet di Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) setiap hari berbanding 75 peratus yang direkodkan pada 2024, menurut kajian oleh Telenor Asia.
Menurut laporan "Digital Lives Decoded 2025: Building Trust in Malaysia's AI future" oleh Telenor Asia yang dikeluarkan hari ini, bilangan pengguna AI yang memilih alat kewangan serta kesihatan dan kecergasan juga telah meningkat sekali ganda tahun ini.
Pengguna internet Malaysia menerima guna AI sebagai alat yang amat berguna untuk produktiviti, pembelajaran dan kemudahan harian, tambah laporan itu.
Kajian itu juga mendapati pada masa ini, satu perempat daripada pengguna internet Malaysia sengaja menggunakan alat AI beberapa kali sehari, menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara.
Kajian yang melibatkan 1,000 pengguna internet itu turut mendapati rakyat Malaysia celik digital, optimistik terhadap potensi AI namun sangat menyedari mengenai risiko, etika, keadilan dan kawalan.
Naib Presiden Kanan dan Ketua AI Telenor Group Dr Ieva Martinkenaite berkata para pengguna mengharapkan sistem AI yang telus, inklusif dan berpusatkan manusia sebagai asas, bukan satu kemewahan.
"Bagi kalangan syarikat, hasil dapatan ini menunjukkan AI yang bertanggungjawab bukan lagi satu nilai jenama pilihan tetapi pembeza daya saing yang penting.
"Perniagaan perlu mengutamakan amalan data yang bertanggungjawab, melabur dalam penyediaan kemahiran tambahan untuk pekerja, dan menggalakkan persekitaran yang menjadikan perlindungan etika sebagai teras kepada inovasi berasaskan AI," katanya dalam satu perbincangan panel mengenai laporan itu.
Menurut laporan itu 51 peratus pengguna internet Malaysia kini menggunakan AI di tempat kerja, meningkat daripada 37 peratus pada 2024, dengan aplikasi AI utama di tempat kerja termasuk analitik (59 peratus), pembangunan kandungan (52 peratus), dan khidmat pelanggan (45 peratus).
Martinkenaite berkata syarikat yang berpangkalan di Malaysia perlu membangunkan strategi AI yang telus, menetapkan rangka kerja AI yang bertanggungjawab, dan melabur dalam pendidikan untuk pekerja bagi memupuk kepercayaan dan memanfaatkan sepenuhnya potensi AI.
"AI yang bertanggungjawab bukan sekadar langkah pematuhan malah sebagai pembeza daya saing dan elemen teras untuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengguna internet
#Malaysia
#kecerdasan buatan
#AI
#Telenor Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan