awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong zahir nasihat tegas kepada PTD baharu, pastikan junjung integriti dan amanah
"Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri" - Akmal Saleh
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9,426 penuntut UM mula kembali ke kampus

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2021
07:46 MYT
9,426 penuntut UM mula kembali ke kampus
7,035 pelajar akan mendaftar di kolej kediaman dan daripada jumlah tersebut, hampir 4,000 pelajar adalah pelajar baharu ijazah sarjana muda sesi kemasukan 2021/2022. - Foto Universiti Malaya
KUALA LUMPUR: Sejumlah 800 penuntut Universiti Malaya mula mendaftar pada hari pertama Pendaftaran Pelajar secara fizikal yang berlangsung hari ini.
Menurut Timbalan Naib Canselor, Profesor Sabri Musa, sesi pendaftaran kolej kediaman norma baharu pada sesi akademik kali ini berlangsung secara fizikal selama tiga hari sehingga 17 Oktober ini melibatkan pelajar dari semua tahun pengajian.
Antara penuntut UM yang mendaftar semasa hari pertama.
Antara penuntut UM yang mendaftar semasa hari pertama.
“Jumlah keseluruhan pelajar yang memohon kebenaran kembali ke kampus adalah 9,426 orang dan daripada jumlah ini, 7,035 pelajar akan mendaftar di kolej kediaman dan daripada jumlah tersebut, hampir 4,000 pelajar adalah pelajar baharu ijazah sarjana muda sesi kemasukan 2021/2022.
“Semua pelajar diwajibkan hadir ke Point of Assembly (P.O.A) bagi menjalani proses saringan kesihatan dan lapor diri sebelum memasuki kolej kediaman yang telah ditawarkan.
“Tiga P.O.A telah ditetapkan iaitu di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Dewan Tunku Canselor dan Padang Palapes. Sesi pendaftaran pelajar buat masa ini berjalan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Penuntut diminta membuat saringan kendiri COVID-19 sebelum memasuki kolej kediaman.
Penuntut diminta membuat saringan kendiri COVID-19 sebelum memasuki kolej kediaman.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak universiti telah menetapkan hanya pelajar bersama dua orang ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap dos vaksin COVID-19 dibenarkan untuk hadir ke universiti.
Malah jelasnya, pelajar yang mendaftar perlu menjalani ujian kendiri COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang dibekalkan di P.O.A.
Beliau pada masa sama berharap pelajar yang telah kembali ke kolej kediaman terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19 di kampus.
Terdapat 3 P.O.A dibuka bagi melancarkan proses saringan dan pendaftaran.
Terdapat 3 P.O.A dibuka bagi melancarkan proses saringan dan pendaftaran.
Topic Berkaitan
#universiti malaya
#kembali kampus
#penuntut universiti
#SOP IPTA COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan