SUNGAI PETANI: Seramai 9,916 warga emas di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin dos pertama menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa kedua setakat ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata hasil maklum balas diterima pihaknya mendapati mereka yang sudah disuntik vaksin itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah, kita doakan mereka terus sihat dan tiada mudarat yang berlaku. Banyak cerita kadang-kadang yang buat mereka gusar tetapi Alhamdulillah, selepas disuntik semua dalam keadaan baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan pengoperasian tahunan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Zon Utara 2021 di sini hari ini.
Sebelum ini, dalam laporan media Rina dipetik sebagai berkata seramai 36,000 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dijadualkan menerima suntikan vaksin itu pada fasa kedua dan daripada jumlah itu, seramai 25,000 penerima terdiri daripada warga emas.
Mengulas lanjut, Rina menyeru lebih ramai lagi warga emas mendaftarkan diri untuk menerima vaksin itu sama ada melalui aplikasi MySejahtera, pusat kesihatan daerah atau sukarelawan kementeriannya.
Beliau juga berkata dianggarkan antara 8,000 hingga 10,000 warga emas yang berada di institusi seperti rumah orang tua akan menerima suntikan vaksin itu selepas ini.
Mengulas bantuan kewangan itu, Rina berkata kementeriannya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyalurkan peruntukan berjumlah RM600,000 kepada 12 PAWE di Kedah dan RM150,000 untuk tiga PAWE di Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021
GAMBAR FAIL: Warga emas menerima suntikan vaksin COVID-19 oleh vaksinator kesihatan pada Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Vaksinasi Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan. - BERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Johor perhalusi cadangan safari malam di Zoo Johor
Kerajaan Johor sedang memperhalusi cadangan untuk membuka Safari Malam di Zoo Johor berikutan sambutan baik sejak pembukaan semula zoo berkenaan pada 31 Ogos lepas.