awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 Exco kerajaan Perak angkat sumpah

Bernama
Bernama
18/05/2013
06:34 MYT
9 Exco kerajaan Perak angkat sumpah
Sembilan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Enam daripada mereka adalah muka baharu manakala tiga yang lain adalah bekas Exco bagi penggal lepas.
Muka baharu ialah Datuk Rusnah Kassim (Behrang), Datuk Samsudin Abu Hassan (Ayer Kuning), Mohd Nizar Zakaria (Belanja), Nolee Ashilin Mohd Radzi (Tualang Sekah), Dr Muhammad Amin Zakaria (Batu Kurau) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup).
Tiga muka lama yang dilantik semula ialah Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik).
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Barisan Nasional Perak membentuk kerajaan dengan majoriti mudah setelah menguasai 31 daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Majlis angkat sumpah itu turut dihadiri Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, anggota DUN, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.
Topic Berkaitan
#ahli
#Exco
#Perak
#Raja Dr Nazrin Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan