awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9,167 kes positif COVID-19 dikesan melalui MySejahtera - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
19/11/2020
11:58 MYT
9,167 kes positif COVID-19 dikesan melalui MySejahtera - Dr Noor Hisham
Aplikasi bagi membantu pengurusan pandemik COVID-19 itu telah banyak membantu KKM dalam mengesan kes-kes positif COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Penggunaan aplikasi MySejahtera menunjukkan keberkesanan apabila berjaya merekodkan sejumlah 9,167 kes positif COVID-19 sejak ia dilancarkan pada 20 April lepas sehingga semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata aplikasi bagi membantu pengurusan pandemik COVID-19 itu telah banyak membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengesan kes-kes positif COVID-19 melalui kaedah penilaian kesihatan kendiri dan pengesanan kontak rapat.
"Sehingga semalam, sebanyak 1,561 kes telah berjaya dikesan dan disahkan positif COVID-19 dengan menggunakan kaedah penilaian kesihatan kendiri.
"Sementara itu, bagi tempoh yang sama sebanyak 7,606 kes telah dikesan positif melalui kaedah pengesanan kontak menggunakan MySejahtera," katanya dalam kenyataan media mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata sejak dilancarkan, aplikasi itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat dan setakat semalam, ia berjaya mencapai 23,953,970 pengguna dan tanggungan berdaftar serta 1,058,853 premis perniagaan berdaftar.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#MySejahtera
#Dr Noor Hisham Abdullah
#mengesan kes
#pengesanan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan