awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

95 peratus pelajar bawah 16 tahun di Perlis terima vaksin COVID-19 minggu ini

Salim Aziz
Salim Aziz
23/09/2021
00:44 MYT
95 peratus pelajar bawah 16 tahun di Perlis terima vaksin COVID-19 minggu ini
Sokongan daripada ibu bapa sangat penting dalam memastikan kelancaran proses vaksinasi kepada kumpulan pelajar terlibat. - Gambar hiasan
KANGAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis menyasarkan 95 peratus pelajar di bawah 16 tahun di negeri itu akan menerima vaksin COVID-19 sepanjang minggu ini.
Pengarahnya, Naharudeen Othman berkata, itu antara usaha dilakukan dalam mewujudkan persekitaran selamat untuk semua pihak terlibat, seterusnya meningkatkan ekosistem pendidikan.
“Di Perlis, murid-murid di bawah 16 tahun saya percaya, 95 peratus akan divaksinasi dalam minggu ini.
"Ini memberikan keyakinan yang penuh bahawa sekolah adalah tempat yang selamat,” katanya.
Beliau turut meletakkan harapan agar jumlah pelajar yang menolak vaksin di negeri itu tidak ramai.
Justeru, sokongan daripada ibu bapa sangat penting dalam memastikan kelancaran proses vaksinasi kepada kumpulan pelajar terlibat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Hari Guru Peringkat Negeri Perlis, Rabu malam.
Penyampaian sijil penghargaan kepada 10 penerima pelbagai anugerah dan 104 buah sekolah di negeri itu dilakukan secara pandu lalu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Naharudeen Othman
#murid sekolah di Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan