KUALA LUMPUR: Sebanyak 96 peratus syarikat Jepun mahu terus kekal di Malaysia, dengan separuh daripadanya ingin mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata statistik itu berdasarkan tinjauan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) dan kadar pengembangan itu lebih tinggi daripada purata bagi ASEAN dan kedua tertinggi di rantau ini.
"Malaysia dan Jepun terus meraikan hubungan diplomatik yang kukuh dengan kini masuk ke tahun ke-65 dan Jepun merupakan antara rakan dagang terpenting serta keempat terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan sebanyak US$41.21 bilion (RM181.51 bilion) pada 2022.
Jepun juga disenaraikan sebagai salah satu sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke Malaysia dalam projek-projek di lapangan pembuatan," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. .
Beliau berkata pada tahun lepas, sejumlah 2,746 projek dilaksanakan dengan jumlah pelaburan bernilai AS$27.25 billion (RM91.14 bilion) dan sebanyak 336,326 peluang pekerjaan dijana manakala pada tahun ini, Malaysia memperoleh komitmen pelaburan dari Jepun sebanyak RM23 bilion
Justeru, Anwar berkata adalah mustahak untuk Malaysia terus memastikan persekitaran pelaburan kondusif dan mampu menarik minat lebih banyak pelabur asing ke negara ini kerana peningkatan FDI yang berterusan adalah bukti keyakinan pelabur asing yang kian pulih terhadap kemajuan dan potensi ekonomi negara.
Perdana Menteri hari ini mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko bersama delegasi daripada Dewan Perdagangan dan Industri Jepun Malaysia (JACTIM) di Kementerian Kewangan.
Sementara itu, Anwar berkata beberapa tahun kebelakangan ini, aliran masuk FDI terus menguak tatkala negara menyaksikan pelaburan masuk yang diluluskan berjumlah RM71.4 bilion pada suku pertama tahun ini, lantas menjadikannya suatu lonjakan ketara yakni sebanyak 60 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
"Asas ekonomi kita terus kukuh, dibuktikan dengan inflasi yang rendah serta landskap politik yang semakin stabil. Permintaan untuk produk dan perkhidmatan Malaysia juga semakin meningkat. Kerajaan juga berkomitmen tegas untuk membangunkan industri baharu seperti ekonomi digital dan teknologi hijau.
Saya amat yakin dengan prestasi masa depan pelaburan di Malaysia yang pastinya akan terus rancak. Kerajaan akan terus berusaha sebaiknya dalam memperkukuh iklim pelaburan lebih baik dan kerajaan juga sedang meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, menarik pelaburan bernilai dan berdampak tinggi serta mencipta tenaga kerja tempatan yang memiliki nilai daya saing," katanya.
Beliau berkata usaha itu adalah sejajar dengan objektif Dasar Pelaburan Baharu (NIP) yang akan datang dan bakal dicerakinkan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) yang akan dilancarkan pada Ogos 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Sebanyak 96 peratus syarikat Jepun mahu terus kekal di Malaysia, dengan separuh daripadanya ingin mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.
Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.
96 peratus syarikat Jepun mahu kekal di Malaysia - PM
Sebanyak 96 peratus syarikat Jepun mahu terus kekal di Malaysia, dengan separuh daripadanya ingin mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syarikat Jepun minat melabur dalam sektor pelancongan, teknologi solar di Sabah
Syarikat-syarikat terbabit mencadangkan beberapa pulau berhampiran Kota Kinabalu, termasuk Pulau Sulug, bagi menempatkan pelaburan mereka untuk membangunkan resort berkonsepkan eko pelancongan.
Syarikat Jepun terus melabur di Malaysia
Syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia turut menjadikan negara ini sebagai asas untuk menjalankan operasi di peringkat serantau dan global.