awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

97 transaksi penjualan tanah DBKL disiasat - Khalid Samad

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/09/2018
06:26 MYT
97 transaksi penjualan tanah DBKL disiasat - Khalid Samad
KHALID: Nilai harga jualan keseluruhan lot tanah itu sebanyak RM5.63 billion, bayaran sebanyak RM3.7 bilion telah diterima pihak DBKL. - Foto Astro AWANI
Terdapat 97 transaksi lot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaji dan disiasat oleh Jawatankuasa Khas ditubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, daripada jumlah tersebut 43 transaksi diteruskan jualan, 23 dirunding semula, 20 akan disiasat SPRM, 10 transaksi dibatalkan dan satu transaksi dibawa ke mahkamah oleh pemaju.
“Luas keseluruhan 97 lot tanah itu sebanyak 675.27 ekar meliputi 1.1 peratus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lot terbesar seluas 72.4 ekar manakala yang terkecil seluas 2600 kaki persegi.
“Nilai harga jualan keseluruhan lot tanah itu sebanyak RM5.63 billion, bayaran sebanyak RM3.7 bilion telah diterima pihak DBKL,” katanya pada sidang media di Bangunan DBKL, di sini hari ini.
Beliau berkata laporan dan cadangan Jawatankuasa Khas itu telah dirujuk kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Lembaga Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainudin.
Ahli Parlimen Shah Alam itu menyatakan Jawatankuasa Khas mencadangkan pihak SPRM meneruskan siasatan sekiranya terdapat transaksi yang dianggap meragukan.
Ketika ditanya sama ada terdapat penglibatan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Khalid menyatakan terdapat beberapa transaksi yang dilakukan dengan menerima arahan terus dari Ahli Parlimen Putrajaya itu.
“Yayasan Wilayah Persekutuan ada dua kes transaksi yang dilihat sebagai ada ‘conflict of interest’ sebab pengerusi dia bekas Menteri Wilayah dan dia bagi tanah pada diri dia.
“Kita akan tender semula agar beri tanah melalui rundingan secara langsung tidak akan timbul lagi,” jelas beliau yang turut menyatakan akan mengembalikan fungsi sebenar Yayasan Wilayah Persekutuan untuk menolong golongan miskin bandar dan bukan alat untuk mendapatkan sokongan politik.
Topic Berkaitan
#Khalid Abdul Samad
#Ku Nan
#lot tanah
#menteri wilayah
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#Yayasan Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan