KUALA LUMPUR: Sebanyak 98.2 peratus kes atau 14,261 daripada 14,516 jumlah kes COVID-19 pada Isnin berada pada kategori 1 dan 2, iaitu masing-masing tidak bergejala dan bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, majoriti kes yang baharu berkenaan iaitu 92 peratus tidak mempunyai sejarah vaksinasi.

Berikut 5 perkara penting kenyataan media beliau pada Isnin;

1. Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 14,516 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

2. Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 6,508 kes diikuti Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425), Kedah (1,160) dan Sabah (720).

3. Sebanyak 9,327 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 853,913.

4. 207 kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat COVID-19 meningkat kepada 8,201 kes.

5. Kes yang memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 1,009 kes, manakala 524 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.