KUALA LUMPUR: Malaysia setakat ini merekod 183,706 kes aktif COVID-19 susulan pertambahan sebanyak 16,840 kes baharu hari ini.

Berikut lima perkara penting kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) pada Jumaat.

1. Sebanyak 48.4 peratus kes baharu membabitkan pesakit kategori 1 (tanpa gejala); 49.9 peratus (kategori 2, gejala ringan); 1.1 peratus (kategori 3, jangkitan paru-paru); 0.5 peratus (kategori 4, jangkitan paru-paru dan perlukan bantuan oksigen); dan 0.1 peratus (jangkitan paru-paru dan perlu alat bantuan pernafasan).

2. Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan  6,092 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,114), Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079) dan Sabah (1,066).

3. Sebanyak 12,179 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 902, 921 kes.

4. Sebanyak 134 lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 8,859 kes.

5. Kes memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 1,055 kes, manakala 532 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.