awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

98 warga Bangladesh dihalang masuk Malaysia di KLIA

Bernama
Bernama
15/08/2025
14:00 MYT
98 warga Bangladesh dihalang masuk Malaysia di KLIA
Agensi itu memaklumkan semua pelawat terbabit dipercayai berhasrat menyalahgunakan kemasukan untuk tinggal dan bekerja secara tidak sah di negara ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 98 pelawat warga Bangladesh dihalang memasuki negara selepas gagal mematuhi syarat kemasukan dalam operasi pemeriksaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.
Operasi bermula pukul 1 pagi hingga 7.30 pagi itu memeriksa 181 pelawat asing, dengan 98 daripadanya diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL) kerana menggunakan tempahan hotel palsu, tidak memiliki tiket pulang dan gagal membuktikan kemampuan kewangan mencukupi.
"Mereka dipercayai tiba dari Dhaka, Bangladesh, melalui penerbangan awal pagi bagi mengelak pemeriksaan lebih ketat pada siang hari," menurut AKPS dalam kenyataan hari ini.
Agensi itu memaklumkan semua pelawat terbabit dipercayai berhasrat menyalahgunakan kemasukan untuk tinggal dan bekerja secara tidak sah di negara ini.
Menurut AKPS, operasi itu adalah sebahagian usaha berterusan menjaga keselamatan serta kedaulatan sempadan negara.
"AKPS menegaskan kawalan di pintu masuk negara akan terus diperketat dengan pemantauan tegas, selain tindakan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak, termasuk anggota yang bersubahat membawa masuk warga asing secara tidak sah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#AKPS
#KLIA
#tidak sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan