awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

99 Tabika KEMAS di Terengganu terjejas banjir

Bernama
Bernama
16/12/2024
15:30 MYT
99 Tabika KEMAS di Terengganu terjejas banjir
Faridah turut sama melakukan kerja-kerja pembersihan ketika Majlis Gotong Royong Skuad Ihsan Madani di bawah lapan agensi KKDW di Tabika Kemas Batu Rakit pada Isnin. - Gambar Sinar Harian
KUALA NERUS: Sebanyak 99 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Terengganu terjejas banjir dengan anggaran kerugian RM1 juta.
Pengarah KEMAS Terengganu Dr Faridah Mat berkata sebahagian besar kerosakan melibatkan peralatan, perabot dan atap bumbung yang diterbangkan angin kuat.
Beliau berkata terdapat keseluruhan 2,500 murid dan 300 petugas di kesemua lapan daerah negeri itu.
"Laporan mengenai kerosakan tabika telah dihantar ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk tindakan dan penilaian lanjut.
"Kebanyakan premis terletak di Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus," katanya ketika ditemui pada majlis gotong-royong Skuad Ihsan MADANI di Tabika KEMAS Batu Rakit di sini hari ini.
Bagaimanapun, Faridah berkata sesi pembelajaran diteruskan seperti biasa bagi memastikan murid tidak ketinggalan manakala 100 petugas KKDW telah dikerah untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan.
"Ada juga 22 murid Tabika Batu Rakit yang terpaksa menumpang di Tabika Tanjung sejauh enam kilometer kerana premis mereka terjejas teruk.
"Hal ini menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak pada musim hujan kerana kebanyakannya hanya memiliki motosikal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabik KEMAS
#banjir
#angin kuat
#Skuad Ihsan MADANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan