TOULOUSE: Sebanyak 20 pesawat A330neo yang dibeli oleh Malaysia Airlines merupakan pesawat pertama mendapat perakuan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) bagi piawaian baharu pelepasan karbon dioksida (CO2) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sekali gus memaparkan pematuhannya terhadap peraturan alam sekitar.
Malaysia Aviation Group (MAG) yang juga syarikat induk Malaysia Airlines, memilih sebanyak 20 pesawat A330neo sebagai inisiatif pembaharuan armada atau barisan kumpulan pesawat badan lebar pada 2022 dengan penghantaran pertama pesawat itu pada suku ketiga 2024 dan sehingga 2028.
Pesawat A330neo itu antara lainnya mempunyai keupayaan penyampaian kecekapan operasi yang hebat, kata Pengarah Pembangunan Pasaran Pesawat Badan Lebar Airbus Rodrigo Lezama.
Model itu dikuasakan oleh enjin jenis Rolls-Royce Trent 7000 generasi terkini serta mempunyai sayap baharu selain pelbagai inovasi aerodinamik yang menyumbang kepada pengurangan 25 peratus penggunaan bahan api dan pelepasan CO2 berbanding pesawat pesaing generasi sebelumnya.
Pesawat A330-900 berupaya terbang sejauh 7,200 batu nautika atau 13,334 kilometer tanpa henti dengan penyediaan keselesaan terbaik daripada kabin Airspace yang terkemuka.
Bercakap pada sesi taklimat media di sini, Lezama berkata kabin yang turut meraih anugerah itu dilengkapi dengan ruang penumpang lebih luas, sistem pencahayaan baharu, sistem hiburan dalam penerbangan terkini serta aspek ketersambungan sepenuhnya di seluruh kabin.
Sepertimana semua pesawat Airbus, A330neo mampu beroperasi dengan penggunaan sehingga 50 peratus Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) yang seiring dengan sasaran Airbus agar semua pesawatnya beroperasi dengan SAF sepenuhnya menjelang 2030.
Pada penghujung April 2024, 'keluarga' atau kelompok A330 telah menerima hampir 1,800 pesanan rasmi daripada 130 pelanggan di seluruh dunia yang menjadikannya pesawat badan lebar paling popular di dunia.
Di peringkat Asia Pasifik misalnya, sebanyak 25 pesawat A330neo beroperasi di bawah kendalian syarikat penerbangan AirCalin, Cebu Pacific, Garuda Indonesia, Lion Air dan Starlux Taiwan.
Malah, Lezama berkata sejumlah 54 pesanan diterima daripada rantau itu.
Dalam pada itu, beliau mengulangi unjuran pasaran global Airbus merangkumi permintaan bagi 40,850 penghantaran pesawat penumpang dan pengangkut baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang dengan 32,630 merupakan jenis satu lorong dan 8,220 adalah pesawat badan lebar.
Permintaan pula dijangka mencecah 2,510 pesawat dalam tempoh 20 tahun akan datang, termasuk 920 pesawat yang baharu dibina.
Bagi Asia Pasifik, bilangannya mencecah 18,920 dengan 80 peratus daripada pasaran dijangka membabitkan barisan kumpulan pesawat satu lorong manakala bakinya merupakan jenis badan lebar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
Pesawat A330neo itu antara lainnya mempunyai keupayaan penyampaian kecekapan operasi yang hebat. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
AirAsia tandatangan tempahan pesawat dengan Airbus
Airbus akan memperluas khidmat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di negara ini dengan penubuhan Inisiatif Digital Airbus Malaysia.
AirAsia X kini pelanggan terbesar pesawat A330neo
AirAsia X menambah tempahan pesawat terbaharu Airbus A330neo, dengan 34 buah pesawat tambahan. Ini berikutan tempahan 66 buah pesawat oleh syarikat penerbangan itu sebelum ini.
Pesawat baharu Airbus A330neo jalankan penerbangan ujian di KLIA
Syarikat pembuat pesawaat komersial Eropah, Airbus telah melancarkan A330neo baru ke Kuala Lumpur untuk kali pertama semalam.