awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AADK laksana program rawat dan pulih lebih mesra ubati penagih dadah

Bernama
Bernama
21/09/2023
03:30 MYT
AADK laksana program rawat dan pulih lebih mesra ubati penagih dadah
AADK juga membantu penagih-penagih terbabit dengan ilmu kemahiran sebagai persediaan untuk memulakan pekerjaan baharu selepas pulih. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil pendekatan baharu dengan menjalankan program berasaskan rawatan dan pemulihan yang lebih mesra terhadap penagih dadah yang menyertai program dianjurkan agensi itu.
Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi Nurshuhaila Ab Rahman berkata sebelum ini program AADK berteraskan 'regimental' atau bercirikan ketenteraan dan lasak, yang ada masanya sukar diterima pakai oleh pelatih-pelatih yang mendapat rawatan di situ.
"Program kita sekarang lebih bersifat kemanusiaan dan dekat di hati yang mana ia lebih menyeronokkan dan juga efektif," katanya pada sidang media di PUSPEN Sungai Besi, di sini.
Nurshuhaila berkata AADK juga menawarkan program yang memenuhi keperluan pelatih dan menumpukan kepada sembilan komponen yang memenuhi keperluan aspek dari segi psikologi, emosi klien dan tingkah laku mereka.
"Untuk membantu seseorang individu itu untuk berhenti daripada penagihan, ia bukan sekadar menghentikan perbuatan itu dari segi pengambilan sahaja, tetapi kita juga membantu secara keseluruhan dari aspek kehidupan supaya mereka dapat berfungsi secara normal dalam kehidupan bermasyarakat," katanya.
Selain itu, Nurshuhaila berkata AADK sentiasa membawa pelatih mereka berinteraksi bersama masyarakat luar supaya mereka tidak berasa terasing dan terpinggir.
Beliau berkata AADK juga membantu penagih-penagih terbabit dengan ilmu kemahiran sebagai persediaan untuk memulakan pekerjaan baharu selepas pulih.
"Kita bukan sekadar memberikan latihan kemahiran dan kursus, malah kita juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa majikan yang sudi menawarkan pekerjaan kepada bekas penagih ini.
"Mereka akan mempunyai pekerjaan yang tetap dan pendapatan sendiri apabila kembali ke dalam komuniti nanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#program rawatan
#mesra
#penagih dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan