awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti

Bernama
Bernama
24/09/2024
11:44 MYT
AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
AADK akan terus bekerjasama erat dengan EAIC dalam usaha meningkatkan tadbir urus yang baik dalam agensi.
PUTRAJAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya dan tidak sesekali berkompromi atau melindungi individu terlibat dengan salah laku serta pelanggaran integriti.
Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata Unit Integriti agensi itu telah memanjangkan laporan siasatan EAIC kepada Pengarah AADK Kedah untuk diambil tindakan segera seperti yang disyorkan suruhanjaya itu.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana petugas jika didapati bersalah berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ruslin mengingatkan semua petugas untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan berdasarkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).
Beliau berkata AADK akan terus bekerjasama erat dengan EAIC dalam usaha meningkatkan tadbir urus yang baik dalam agensi khususnya melibatkan siasatan terhadap sebarang aduan salah laku dan integriti dalam kalangan petugas.
Semalam, EAIC mendedahkan berlaku kesalahan tatatertib dalam pengendalian kes dadah melibatkan seorang bekas ketua unit di AADK Sik, Kedah dengan dia dipercayai melindungi individu yang telah disahkan positif dadah dan gagal mengemas kini buku rekod penghantaran sampel urin Orang Yang Disiasat (OYDS).
EAIC melalui Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2024 bertarikh 10 Sept 2024 mengesyorkan beberapa hukuman terhadap bekas ketua unit itu termasuk menangguhkan pergerakan gaji selama enam bulan kerana cuai dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan satu tindakan yang adil tidak dapat diambil terhadap OYDS oleh majikannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#hasil siasatan
#Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
#EAIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan