KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia berharap agar dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
Tanpa mendedahkan sasaran spesifik di kejohanan yang akan berlangsung di Axiata Arena itu, Aaron berkata, beliau dan gandingannya Soh Wooi Yik tekad mempamerkan prestasi terbaik mereka di hadapan peminat tempatan pada kejohanan berstatus Super 1000 berkenaan.
"Persiapan (Terbuka Malaysia 2024) berjalan dengan baik. Sangat penting untuk kita beraksi dengan baik terutama di laman sendiri," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini pada Selasa.
Pencapaian beregu utama negara di Terbuka Malaysia adalah pada edisi 2022 dengan layak ke separuh akhir sebelum tumpan kepada pasangan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-23, 9-21.
Sementara itu, Aaron berkata, setelah sering kali gagal menepati sasaran dalam kejohanan disertai, beliau menyerahkan kepada peminat untuk menetapkan sasaran kepada gandingan negara itu termasuk tempoh masa bagi mereka mencapai status nombor satu dunia.
"Saya rasa itu (nombor satu dunia) sentiasa sasaran kita tapi masanya akan tiba juga. Saya mahu cakap banyak tak boleh nanti orang komen sentiasa mahu nombor satu dunia tapi hanya sekadar cakap saja.
"Sebab bila cakap mahu capai sasaran tapi akhirnya tak dapat, nak cakap juara tak dapat...jadi memang saya tak suka cakap perkara ini dan main sahaja, untuk diri sendiri," katanya.
Untuk rekod, beregu keempat dunia itu pernah menduduki ranking kedua dunia awal tahun lepas, yang merupakan kedudukan terbaik mereka dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) setakat ini.
Dalam pada itu, Aaron berharap percutian bersama keluarga di Hong Kong sebelum perayaan Krismas lepas mampu membuatkan dirinya lebih segar bagi menghadapi musim baharu selepas menempuh jadual padat tahun lepas.
Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan ketiga akan berdepan pasangan bukan pilihan dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Aaron (kanan) berkata, beliau dan gandingannya Soh Wooi Yik tekad mempamerkan prestasi terbaik mereka di hadapan peminat tempatan pada kejohanan berstatus Super 1000 berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua tangkapan dibebas tanpa syarat
Tangkapan yang dibebaskan ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pelajar IPT yang ditangkap pada hari kejadian.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Cabar handalan dunia jadi kayu ukur prestasi sebenar - Letshanaa
Letshanaa menyedari ia bukan tugas mudah sekiranya diundi bertemu pemain handalan seawal pusingan pertama sepanjang tempoh kelayakan.
Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England
Keyakinan itu berasaskan prestasi dipamerkan pasangan berkenaan pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, Disember lepas.
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
BWF perlu kaji semula model penganjuran Piala Thomas dan Uber - Kenny
Kenny berkata perbincangan dalaman perlu mengenai hak penganjuran untuk kejohanan berpasukan dunia lelaki dan wanita.
Perjuangan Tang Jie-Ee Wei berakhir
Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menduduki tangga tercorot Kumpulan A di belakang tiga lagi beregu.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan getir menanti dua beregu negara di China
Dua beregu negara dijangka berdepan tugas mencabar melepasi peringkat kumpulan pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2023 di Hangzhou, China bermula Rabu hingga Ahad ini.
Hadiah wang tunai final Jelajah Dunia BWF naik mulai tahun ini hingga 2026
Final Jelajah Dunia BWF kekal sebagai kejohanan badminton paling lumayan di dunia dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan AS$11.5 juta.
Lee Zii Jia kembali hampiri kelompok 10 terbaik dunia, Tze Yong naik dua anak tangga
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, kini kembali menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila menduduki tangga ke-11 dalam kemas kini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Masa kami untuk muncul juara belum tiba - Aaron
Aaron optimis masa akan tiba untuk bangkit meraih gelaran sambil mengakui kekalahan tersebut menjadi pengajaran berguna buat mereka.