awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AATF untuk pelupusan kenderaan secara lestari - JAS

Bernama
Bernama
02/03/2021
20:04 MYT
AATF untuk pelupusan kenderaan secara lestari - JAS
Berdasarkan maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat kira-kira 60,000 kenderaan terbiar di seluruh negara. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melaksanakan projek perintis Kemudahan Rawatan Automatif Berlesen (AATF) bagi melupuskan kenderaan secara lestari.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Norlin Jaafar berkata AATF akan menjalankan peleraian komponen terutamanya komponen yang mengandungi buangan terjadual daripada kenderaan yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Kementerian Pengangkutan.
"Komponen-komponen tersebut akan diasingkan bagi tujuan guna semula, kitar semula atau pemerolehan kembali dan pelupusan akhir," katanya dalam kenyataan.
Norlin berkata AATF itu dilesenkan oleh JAS di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Katanya sebanyak lapan buah syarikat telah dikenal pasti untuk menjayakan projek perintis itu.
"Kemudahan rawatan automotif berlesen ini dapat menjadi penanda aras kepada pembangunan kemudahan rawatan automotif berlesen lain yang akan datang," katanya.
Berdasarkan maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat kira-kira 60,000 kenderaan terbiar di seluruh negara, dan ini berlaku kerana kenderaan telah uzur, kesukaran mendapat alat ganti dan pemilik kenderaan kurang arif mengenai proses pelupusan kenderaan, katanya.
Kenderaan terbiar mengandungi bahan buangan terjadual seperti bateri asid plumbum, bateri litium, komponen elektronik, pad brek asbestos, minyak enjin terpakai dan cecair penyejuk enjin yang perlu diuruskan dengan baik untuk memastikan kelestarian alam sekitar, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak
#automotif
#lupus kenderaan
#Jabatan Alam Sekitar
#Kemudahan Rawatan Automatif Berlesen
#AATF
#Norlin Jaafar
#Kenderaan Terbiar
#bahan buangan terjadual
#lestari
#alam sekitar
#peleraian komponen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan