awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ab Rauf nafi kepimpinan UMNO Melaka bakal bertukar

Bernama
Bernama
30/05/2022
03:00 MYT
Ab Rauf nafi kepimpinan UMNO Melaka bakal bertukar
AB RAUF: Sehingga hari ini parti berada dalam keadaan yang terbaiklah. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR GAJAH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan desas-desus mendakwa kepimpinan UMNO negeri berkenaan bakal bertukar dalam masa terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu berkata tiada isu yang timbul berkaitan kepimpinan UMNO negeri, ketika ini.
"Tiada isu. Takde isu pun. Sehingga hari ini parti berada dalam keadaan yang terbaiklah," katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Badan Perhubungan UMNO Melaka di rumahnya di Kampung Pulau, Masjid Tanah malam tadi.
Majlis yang dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam turut disertai Naib Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ab Rauf, yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri menganggap khabar angin yang timbul sebagai sebahagian daripada asam garam dunia politik.
"Saya tak anggap benda (khabar angin) tu sebagai satu ancaman kepada kedudukan UMNO negeri pun. Masing-masing boleh meluahkan perasaan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#UMNO Melaka
#Mohd Ali Rustam
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan