awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abaikan panggilan tidak dikenali untuk elak kerugian - Polis

Bernama
Bernama
06/04/2024
15:00 MYT
Abaikan panggilan tidak dikenali untuk elak kerugian - Polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, menasihatkan orang ramai agar mengabaikan panggilan yang diterima daripada pihak yang tidak dikenali. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, menasihatkan orang ramai agar mengabaikan panggilan yang diterima daripada pihak yang tidak dikenali.
Beliau berkata ini kerana telah terbukti dengan menjawab satu panggilan berdurasi kurang daripada 10 minit, ia boleh menyebabkan seseorang kerugian puluhan ribu ringgit.
Untuk itu, beliau menyarankan pihak bank untuk mencari kaedah yang lebih efektif untuk berurusan dengan pelanggan, terutamanya melibatkan urusan melalui panggilan telefon.
"Pihak bank menggunakan ejen khidmat pelanggan untuk menghubungi pelanggan bagi urusan perbankan mereka dan bagi pengesahan, pelanggan kebiasaannya akan diminta empat angka akhir kad pengenalan.
"Pengesahan jenis ini adalah mengelirukan, kerana penipu juga menggunakan taktik yang sama. Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan mengesahkan apa-apa maklumat peribadi, kerana ia akan mendedahkan kepada kemungkinan menjadi mangsa scammer," katanya.
Dalam pada itu, Ramli turut mengalakkan orang ramai untuk menyebarkan informasi mengenai taktik penipuan dalam talian pada ahli keluarga, supaya menimbulkan kesedaran.
"Perkongsian semua jenis modus operandi (penipuan) dengan ahli keluarga semasa ziarah menziarahi di hari raya di mana sebaran komunikasi secara bersemuka adalah lebih berkesan untuk memberi kesedaran antara satu sama lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman
#panggilan tidak dikenali
#Ramli Mohamed Yoosuf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan