KAPIT:Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mencipta rekod apabila muncul Ketua Menteri pertama menunggang motosikal lebih 100km untuk melakukan lawatan kerja dan ekspedisi bermotosikal dari Sibu ke Kapit, hari ini.
Memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi dari Eco-Park Sibu Jaya, Abang Johari yang menunggang motosikal jenis Honda Goldwing 1800cc, turut disertai 80 penunggang motosikal berkuasa tinggi lain termasuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Ekspedisi beliau berhenti di pekan Kanowit, Skim Penempatan Semula Nanga Ngungun dan Song, yang mana beliau diberikan taklimat mengenai pembangunan di kawasan-kawasan berkenaan.
Dalam perjalanan mengharungi panas terik dan gerimis di beberapa tempat, Abang Johari dapat melihat secara dekat perkembangan semasa dan juga kawasan berpotensi untuk dibangunkan pada masa depan.
"Jalan penghubung Nanga Ngungun-Temalat sejauh 9km akan siap tidak lama lagi dan ini bermakna Kapit dapat dihubungkan ke kawasan lain di Sarawak.
"Lebih ramai orang akan ke Kapit pada hujung minggu dan ini adalah perkembangan terbaik untuk penduduk di sini," katanya pada majlis pembukaan Kapit Town Square baharu, iaitu projek bernilai RM3 juta.
Abang Johari yang dapat menikmati pemandangan indah di Kapit berkata kawasan berkenaan mempunyai potensi sebagai lokasi penggambaran filem.
"Kami boleh tunjuk pemandangan indah di Kapit menerusi televisyen. Tempat ini boleh dijadikan lokasi penggambaran filem atau drama, dan kemungkinan kami boleh dapat seorang pelakon (watak utama) dari Kapit," katanya.
Ketua Menteri itu berkata semua ini dapat dilakukan apabila Sarawak melancarkan stesen televisyen sendiri - TV Sarawak pada 10 Okt, yang akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Melalui TV Sarawak yang akan disiarkan melalui saluran Astro 122, dapat diperkenalkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Sarawak kepada dunia, di samping pembangunan yang berlaku di negeri berkenaan.
Abang Johari turut meluluskan peruntukan berjumlah RM73 juta untuk dua projek pembangunan di pekan Kapit, membabitkan RM15 juta untuk projek pasar baharu manakala RM58 juta pula adalah untuk projek Kapit Waterfront Fasa III merangkumi taman rekreasi dan pusat warisan.
"Banyak kereta akan mengunjungi Kapit. Kawasan tepi jalan tidak lagi sesuai kepada petani untuk menjual hasil tanaman mereka, jadi adalah lebih baik kami membina sebuah tempat untuk mereka berniaga," katanya.
Abang Johari yang memberi gambaran bahawa 'pilihan raya negeri makin hampir' ketika Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sibu semalam, berkata banyak lagi projek pembangunan bakal dilaksanakan jika rakyat terus memberi mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menerajui Sarawak.
Beliau berkata GPS menyasarkan Sarawak sebagai negeri maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 04 2020
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tengah) menunggang motosikal jenis trike Honda Goldwing berkuasa 1,800cc ketika tiba di pekan Song pada Lawatan Kerja dan Ekspedisi bermotosikal ke Kapit. - BERNAMA
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.