awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram dilapor sedang bangunkan ciri keluarkan diri sendiri dari Close Friends
Anna’s Archive disaman AS$13 trilion oleh Spotify dan tiga syarikat muzik utama
Pentagon, Anthropic bertelagah isu penggunaan AI untuk senjata, pemantauan domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes e-waste: Empat termasuk KP, TKP Alam Sekitar direman bantu siasatan

Bernama
Bernama
30/01/2026
04:43 MYT
Kes e-waste: Empat termasuk KP, TKP Alam Sekitar direman bantu siasatan
Keempat-empat individu yang lengkap berpakaian lokap warna jingga dan bergari itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar dan seorang Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elekrik dan elektronik (e-waste).
Seorang lagi orang awam turut direman tiga hari hingga Ahad berhubung siasatan sama.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Terdahulu, keempat-empat individu yang lengkap berpakaian lokap warna jingga dan bergari itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM.
Media melaporkan kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Difahamkan, siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu semalam memaklumkan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Beliau berkata SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.
Kes disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#e-waste
#KP Alam Sekitar
#SPRM
#ditahan reman
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan