awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan ke atas anak: Saya sendiri akan tulis surat kepada PM, KDN usul NFA - Rafizi
CEO Bursa Saham Indonesia Iman Rachman letak jawatan
Instagram dilapor sedang bangunkan ciri keluarkan diri sendiri dari Close Friends
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam Albert Tei cabar arahan SPRM

Bernama
Bernama
30/01/2026
05:00 MYT
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam Albert Tei cabar arahan SPRM
Albert Tei ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman dikemukakan peguam Mahajoth Singh bagi mencabar dua arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan anak guamnya, ahli perniagaan Albert Tei, yang didakwanya melanggar hak keistimewaan peguam-anak guam.
Hakim Alice Yoke Yee Ching ketika menolak permohonan itu memutuskan perkara yang berkaitan dengan proses penyiasatan pihak penguat kuasa tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.
Berkaitan dakwaan SPRM berniat jahat menerusi pengeluaran notis bercanggah dengan undang-undang, mahkamah mendapati ia tidak dapat dibuktikan.
"Atas sebab-sebab ini, saya mendapati bahawa tiada hujah yang kukuh untuk memberi kebenaran. Saya tidak membuat sebarang perintah mengenai kos," kata hakim itu.
Mahajoth sedang memohon perintah certiorari untuk membatalkan notis bertarikh 29 dan 30 Nov 2025, yang memerlukan beliau hadir untuk disoal siasat dan mengemukakan dokumen di bawah Seksyen 30(1)(a) dan (b) Akta SPRM.
Mahajoth menyatakan beliau menerima arahan terbabit selepas Tei ditahan oleh suruhanjaya berkenaan pada 28 Nov dan dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, yang didakwanya tanpa sebarang penjelasan munasabah.
Antara barangan yang diminta SPRM dalam arahan itu ialah telefon bimbit Tei, dokumen berkaitan pembelian perabot, pakaian, sebuah kamera serta salinan perbualan WhatsApp antara Tei dan beberapa individu.
Peguam Persekutuan V. Krishna Priya mewakili SPRM, manakala Mahajoth diwakili peguam N. Surendran dan Rajesh Nagarajan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Albert Tei
#Mahkamah Tinggi
#semakan kehakiman
#Mahajoth
#hak keistimewaan peguam-anak guam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan